Assalamualaikum,

kenyataan ini benar2 mengelirukan. Saya bukanlah lulusan Syariah atau ahli 
fuffaz, tetapi kalau begitu mudahlah nak bernikah, hanya sediakan rukun nikah 
tanpa memperdulikan Qadi benar2 layak. and thats it, saya telah bernikah. yg 
penting ia bukan zina..kalau begitu ramai yang akan nikah Batil....

--- On Thu, 2/25/10, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Nikah Batil Bukan Zina
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, February 25, 2010, 2:18 AM







 









      Akm, minta laluan moderator
utk artikel ni
 

Siswa Nikah Koboi Dikira Zina?


Para siswa yang bernikah sesama sendiri dengan aqad, jurunikah, saksi dari 
kalangan mereka tidak patut dianggap zina. Khasnya sekiranya mereka mempunyai 
mahar mithl. Sekiranya nikah mut`ah, nikah hanafi, nikah siam tidak patut 
dianggap zina kerana shubhat al-khilaf, maka begitu juga nikah para siswa 
tersebut. La inkar fi al-khilaf.

Oleh itu, menjatuhkan hukuman zina terhadap mereka adalah salah. Mereka tidak 
patut disamakan dengan para penzina, kerana wujudnya aqad dan saksi, jurunikah 
(walau tidak bertauliah) dan mahar (sekiranya ada). Jelas, mereka tidak berniat 
untuk berzina, tetapi berniat nikah (walau tidak tepat dan niat mrk boleh 
diragui) dan tidak menepati enakmen majlis agama.

Persetubuhan mereka boleh disebut sebagai wati' shubhah (persetubuhan yang 
mengelirukan) dan tersalah. Pernikahan mereka boleh dikira termasuk dalam 
nikah-nikah batil, yang patut dibatalkan dan diaqadkan semula (tashih al-'aqd) 
tanpa memanjangkan lagi
 cerita dan kes. Ingat! Nikah yang batil bukan bermakna zina. Sekiranya 
mengandung, maka anak dinasabkan kepada bapanya mengikut ittifaq 4 mazhab. 
Benar, mereka boleh dikenakan hukum ta'zir kerana menyalahi imam (pemerintah 
dan enakmen negeri).

Tetapi untuk menyamakan perbuatan mereka dengan zina, itu amat bahaya dan 
melampaui batas! Hanya mufti gila dan bodoh yang sangat cepat menghukum (qazf) 
sedemikian seolah2 tidak pernah mempelajari khilaf 4 mazhab atau fiqh 13 mazhab 
Islam atau seolah tidak tahu menghormati dan meraikan khilaf. Dalam hadith 
riwayat al-Imam al-Tirmidhi, Rasulullah saw bersabda, "Mana-mana nikah tanpa 
izin wali, maka nikahnya batil. Sekiranya ia (pengantin lelaki) telah 
menyetubuhinya, maka baginya (pengantin perempuan) mahr kerana ia telah 
menghalalkan farajnya."

Jelas, bahawa Nabi mewajibkan mahr bagi nikah batil (bukan zina) dan baginda 
saw tidak mengatakan "ini ZINA!"...

Perkara ini perlu diselesaikan dengan
 berhemah, segera dan secara halus. Berhati-hatilah dari tuduhan zina (qazf). 
Tuduhan zina amatlah berat, yakni pensabitan mesti jelas tanpa sebarang 
syubhah.! Ingatlah Hadith "Idra'u al-hudud bi al-shubuhat. "

"Pemerintah sekiranya tersalah dalam memaafkan pesalah, lebih baik dari 
menghukum orang yang tidak sabit bersalah." HR al-Tirmidhi.

Siswa tersebut tidak patut didakwa di bawah kesalahan Persetubuhan Haram 
sebagaimana yang dikenakan terhadap tiga pesalah wanita (Genting Highland) yang 
dihukum sebat pada 9 Feb 2010, mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah 
Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) selepas didapati bersalah 
melakukan persetubuhan luar nikah.

Majlis agama dan mahkamah sebolehnya melepaskan muslimin muslimat dari 
disabitkan bersalah, selagi ada jalan untuk mereka dilepaskan.

Kami berdoa Semoga umat sentiasa berada dalam Sunnah dan mengikuti ijtihad para 
imam mujtahid yang mu`tabar serta
 menghormati khilaf. Wassalam.

www.ustazabid. blogspot. com
 
 

        Try the new Yahoo! Messenger 10 Beta
 Now with real-time updates, enhanced video-calls and more!



















      

Kirim email ke