*Sudah berlaku hari ini, ada ulama saman sesama ulama.Ini petanda ulama
zaman sekarang sudah hilang rasa taqwa. Bila Ulama tidak bertaqwa maka ia
akan di kuasai nafsu nafsu.**Apabila ulama sudah di kuasai nafsu maka kita
dapat lihat munculnya sifat sifat berikut pada ulama:*

*1. sombong atau ego*

*2. ujub dan riak*

*3. hasad dengki*

*4. susah untuk menerima kebenaran dari orang lain*

*5. ingin berlawan terutama dengan sesama ulama*

*6. gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat dan wang
ringgit.*

*7. pemarah*

*8. ingin dihormati (gila puji)*

*9. suka hidup bermewah mewah*

*10. tidak merendah diri*

*11. tidak mahu merasa dirinya kurang*

*12. tidak bersedia untuk di tegur*

*13. suka menunjuk nunjuk pandai dan kehebatan.*

*14. mengampu pemerintah*

*
*

*Ulama yang bertaqwa menggunakan ilmu untuk kepentingan Allah dan kehidupan
di Akhirat, mudah melupa dan memaafkan kesilapan orang lain, tidak suka
dihormati dan di puji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah, dan zuhud
serta warak.*

*
*

*Bila tidak ada ulama yang begini, maka umat seolah olah ketiadaan
lampu.Tinggallah dalam gelap gelita.Tidak tahu halal haram, tidak kenal
Quran dan Hadis, tidak kenal Allah dan alam akhirat, tidak pandai membezakan
akhlak baik dan akhlak buruk, tidak faham apa yang boleh dan apa yang tidak
boleh, juga yang baik dan yang tidak baik.Maka hidup mereka tidak menentu.
Kadang ke Barat, kadang ke Timur, terlanggar sana terlanggar sini, terjunam
ke lembah lembah, tersungkur di jalan dan macam macam kacau bilau lagi.
Jarang dan mungkin tidak ada langsung yang selamat. Maka jadilah apa yang
sedang terjadi hari ini. Umat Islam tidak bertaqwa dan tidak ikut Islam
sepenuhnya, kadang kadang jadi macam Yahudi, macam Kristian, macam Hidnu,
Buddha, dan macam macam lagi. Budaya dan tammaddun Islam tidak ada dan tidak
dapat di bangunkan dan di perjuangkan.Yang ada ialah budaya campur aduk dan
kacau bilau.*

*

*
**
Salaam & Regards

Amri el Wahab

Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.

Kirim email ke