Anda sering mendengar cerita-cerita menarik dari seorang rakan yang 
bertugas di jabatan percukaian dan mendengar pelbagai masalah yang 
berlaku melibatkan pelanggan-pelanggan yang berurusan.

Pelbagai keluhan dan rungutan baik dari rakan kita yang berkhidmat 
begitu juga di pihak pelanggan keadaan yang sama berlaku. Jangan 
mendengar sahaja, ambil pen dan kertas sekarang!

Rakan-rakan kita daripada pelbagai sektor baik dalam jabatan polis dan 
tentera, pendidikan, perkhidmatan kesihatan adalah mereka yang dapat 
membantu kita menghasilkan artikel-artikel yang dapat membantu pembaca.

Berbincanglah dengan mereka dengan cadangan kita untuk menulisnya, 
dapatkan kerjasama mereka. Mereka akan gembira membantu kita apabila 
kita bersedia mendengar cerita mereka. Keadaan-keadaan berikut mungkin 
membantu kita mengenalpasti rakan-rakan yang sedemikian.

Adakah kita mempunyai saudara mara atau sahabat yang bekerja dengan di 
hospital baik sebagai doktor, pembantu perubatan, pegawai farmasi atau 
seorang jururawat?

Apakah perkara yang menarik perlu diketahui oleh pembaca-pembaca tentang
prosedur dan gaya kerja dalam bidang tersebut?

Mungkin terdapat beberapa perkara terkini yang perlu diketahui oleh 
mereka dalam perkhidmatan ini. Majalah-majalah kesihatan dan perubatan 
memerlukan idea-idea ini untuk penerbitan mereka.

Adakah kita mempunyai rakan-rakan yang berkhidmat dalam bidang 
pendidikan berasaskan teknologi maklumat (IT)?

Mungkin mereka sedang menghasilkan satu teknologi baru untuk pendidikan 
jarak jauh bagi institusi pendidikan tinggi. Majalah-majalah pendidikan 
dan teknologi memerlukan bahan-bahan seperti ini bagi keluaran bulan 
hadapan.

Adakah kita mempunyai rakan-rakan di kalangan petani dan peladang moden 
atau yang sedang berkhidmat di jabatan pertanian negeri.

Mungkin mereka mempunyai cerita-cerita menarik untuk kita yang dapat 
menarik perhatian pembaca untuk mengetahui bidang ini. Terdapat skim dan
bantuan pendidikan untuk mereka yang ingin berkhidmat di bawah jabatan 
tersebut.

Mungkin terdapat kisah-kisah yang melibatkan kerjasama dengan 
institut-institut luar negara yang masih belum diketahui. Majalah 
keusahawanan, pertanian dan pendidikan memerlukan cerita ini.

Mekanik di kawasan kita sering bercerita tentang tahap kesedaran yang 
rendah pemilik kereta terhadap kenderaannya.

Pada masa yang sama beliau menceritakan bagaimana mekanik-mekanik yang 
tidak jujur mengenakan harga yang tinggi dan baik pulih yang tidak 
diperlukan tanpa diketahui oleh pelanggan.

Sehinggakan perkara mudah seperti memeriksa minyak hitam dan air bateri 
juga diserahkan kepada pembantu stesyen minyak setiap pagi sebelum ke 
tempat kerja.

Ambil kamera dan ambil gambar bahagian enjin yang perlu diketahui dan 
diperiksa secara kerap. Susun panduan yang diberikan olehnya dan 
kirimkan bersama gambar kepada majalah-majalah automotif atau 
mencadangkan kepada majalah tertentu untuk diwujudkan ruangan satu 
halaman untuk isu tersebut.

Sahabat kita seorang pegawai di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. 
Aduan-aduan pelajar yang tidak mendapat pekerjaan dengan alasan 
universiti-universiti yang dimasuki tidak diiktiraf Malaysia atau pun 
jawapan permohonan skim pinjaman dan biasiswa yang lewat. Perkara yang 
sama terpaksa diulang-ulangnya kepada setiap pelajar dan ibu bapa yang 
datang bertanya.

Peranan kita menjadi wakilnya, hasilkan sebuah artikel dan 
majalah-majalah pendidikan memerlukannya.

Cuba belek akhbar dan majalah, saya yakin kita akan mendengar 
suara-suara yang menceritakan masalah dalam bentuk rencana yang menarik.
Itu dapat menjadi panduan kita menulis rencana seumpama itu.

Kenalpasti masalah dan ketahui majalah atau akhbar mana yang mahukan 
rencana seperti itu.

Tuan dan puan dapat menjadi suara menulis rencana itu dalam acuan 
sendiri. Bagaimana mendapat acuan itu, akan saya saya dedahkan strategi 
ini satu persatu dalam Bengkel 3 Hari 2 Malam Penulisan Berita dan 
Rencana anjuran Akademi Penulis pada 19 Mac sehingga 21 Mac  ini di
Hotel Vistana Kuala Lumpur. Hubungi saudara Qahhar di talian  0136288614
ataupun 0341492560 (Cik Husni) ataupun emailkan ke 
[email protected] ataupun daftarkan diri secara online di
http://www.penulisanberitarencana.com
<http://www.penulisanberitarencana.com/>

Bina pengaruh melalui penulisan rencana akhbar dan majalah hari ini!


Kirim email ke