Isu sebat Kartika belum menampakkan penyelesaiannya, muncul pula isu sebat
yang baru. Bezanya kali ini, hukuman sebatan telah pun dilaksanakan sebelum
perkara ini didedahkan kepada umum. Seperti cacing kepanasan, para pejuang
feminisme dan hak-hak asasi manusia melatah sebaik sahaja ia disampaikan
oleh media massa. Isu kali ini melibatkan tiga orang wanita dan hukuman
tersebut sebenarnya tidak layak untuk dikategorikan sebagai hukum Islam.

Seperti yang diakui sendiri oleh Maria Chin Abdullah, sudah nampak 'masalah'
jika ada dua undang-undang; sivil dan syariah yang diterapkan di dalam
negara. Akan tetapi, persoalan lain pula muncul, beliau mencadangkan supaya
undang-undang syariah dikaji semula. Mengapakah hanya undang-undang syariah
sahaja yang perlu dikaji semula? Adakah untuk diperbaiki supaya menurut
hukum-hukum uqubat Islam 100%, atau untuk diletakkan di dalam kandang
pesalah sebagai 'pihak' yang melanggar hak-hak asasi manusia, menyeksa
wanita, kejam dan tidak berperikemanusiaan? Bagi mereka yang memahami
perjuangan golongan feminis dan liberal ini, pastinya sudah dapat meneka
bahawa motif mereka adalah untuk mengetepikan terus mahkamah syariah dan
mengekalkan mahkamah sivil sebagai satu-satunya mahkamah dan undang-undang
yang diterapkan di negara ini.

Inilah padahnya apabila umat Islam semakin jauh dari kehidupan Islam yang
kaffah. Hukum-hukum Islam semudah itu diperlecehkan dan dilemparkan pula
dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Lebih menyedihkan, penghinaan
tersebut dilakukan oleh umat Islam sendiri, kononnya atas nama hak asasi
manusia yang menipu! Walhal, punca permasalahannya adalah bahana sistem
kehidupan sekular-kapitalisme yang melahirkan golongan manusia rendah
akhlak, terdedah kepada ancaman gejala sosial dan pengaruh hedonisme dan
kontang budaya amar ma'ruf nahi mungkar. Malahan, penyelesaiannya pula ialah
dengan sistem uqubat versi sekular yang tidak berkesan langsung dalam
menangani masalah jenayah dan maksiat. Mana mungkin ‘racun’ diubati dengan
‘racun’ yang sama!

*Allah SWT berfirman,*
*“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang
diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan
berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu
dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu…” [TMQ Al Maidah(5)
: 49]*

”*Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang
lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ Al
Maidah(5) : 50]*

*“Manusia yang paling dibenci Allah ialah orang yang menghendaki hukumi
jahiliyah (hukum selain Islam) dan menuntut darah orang lain tanpa hak untuk
menumpahkan darahnya.” [HR Bukhary]*

Maka, belum tibakah peringatan Allah SWT bagi hamba-hambaNya yang beriman
untuk berusaha menerapkan Islam yang kaffah, serta mencampakkan seluruh
hukum-hukum ciptaan manusia?

*“Dan tidaklah layak bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan –
apabila Allah dan RasulNya memutuskan sesuatu perkara – (tidaklah layak
mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan
sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia
telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata” [TMQ al-Ahzab(33):36]*

*" Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya
penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat
dalam keadaan buta.”Berkatalah ia: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan
aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang
melihat?Allah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami,
maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun
dilupakan”Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak
percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya adzab di akhirat itu
lebih berat dan lebih kekal." [TMQ Taaha: 124-127]*



Wallahu 'alam

--
Sumber: Laman blog  Hembusan Amal
4U<http://hembusan-amal.blogspot.com/2010/02/isu-sebat-ngo-wanita-bantah.html>on
2/26/2010 06:02:00 PM

Kirim email ke