Assalamualaikum, saya hairan ya ..dalam Tv bukan main menteri (pengajian tinggi n pelajaran) seolah2 membayangkan "IPTA terlebih mengeluarkan guru sehingga berlaku pembekuan "posting". Saya hairan, ada sekolah tiada guru PI tetapi tahun lepas ramai pelajar saya ditempatkan di sekolah rendah sedangkan mereka dilatih untuk menjadi guru di sekolah menengah...hairan bin ajaib..permainan apakah ini.....
--- On Wed, 2/17/10, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Tiada guru Pendidikan Islam di N.Sembilan ? To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Wednesday, February 17, 2010, 11:58 PM SABAN hari akhbar dan TV bercerita mengenai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Tetapi kami ibu bapa pelajar di SJK(C) Pei Hwa Pedas, Rembau, masih lagi tertanya-tanya kerana setelah masuk bulan ke dua persekolahan anak-anak kami masih lagi ketiadaan guru bagi subjek Pendidikan Islam. Adakah kerana status SJKC maka masalah ini dipandang sebelah mata oleh pihak berkenaan? Sekolah ini bukan terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak tetapi hanya satu jam perjalanan ke Putrajaya melalui lebuh raya. Adakah kementerian yang bertanggungjawab tidak memandang masalah ini sehingga berlarutan saban tahun setiap kali penggal baru persekolahan bermula? Kami sebagai ibu bapa sangat sedih dan kecewa bila melihat jadual peperiksaan yang akan bermula pada awal bulan Mac tidak lama lagi, sedangkan buku pendidikan Islam masih tidak 'terusik'. Kementerian mengatakan pencalonan SBT terbuka kepada semua jenis sekolah yang ada di negara ini sedangkan kami sebagai ibu bapa merasakan hak anak-anak kami yang beragama Islam di SJKC Pei Hwa dinafikan. Ketiadaan guru akan melemahkan pencapaian anak-anak kami. Anak-anak kami yang bersekolah di SJKC mempunyai matlamat 7A berbanding 5A di SJK. Tiada guna kita melahirkan SBT jika masalah ketiadaan guru masih lagi berlaku saban tahun. Jikalau hendak bertanding dan berlumba sekalipun biarlah di atas gelanggang yang sama rata. Kami sebagai ibu bapa kepada pelajar-pelajar Islam di SJKC Pei Hwa Pedas amat berharap masalah ini dapat diatasi secepat mungkin. NIZAM Rembau, Negeri Sembilan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm ------------------------------------ Free download [Internet Explorer/Firefox]: Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] http://hidayahnet.ourtoolbar.com -------------------------------------------------------------------------- **Boycott Israel**Support Palestine** All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [email protected] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Affiliates: Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/ iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim http://groups.yahoo.com/group/iperintis/ Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] http://hidayahnet.ourtoolbar.com Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/ Yahoo! Groups Links
