Projek pembentungan berpusat di Senawang telah sekian lama tertangguh. Saban 
hari ianya menjadi projek yang berbahaya kepada keselamatan penduduk sekitar. 
Kolam najis yang amat dalam terdedah kepada orang ramai terutama kanak-kanak 
yang boleh jatuh dan lemas di dalamnya, kemungkinan juga menjadi tempat sarang 
pembiakan nyamuk aedes, penduduk sukar membuat kenduri kahwin dan tugasan 
harian kerana kolam najis betul-betul depan pintu pagar rumah mereka dan banyak 
lagi masalah lain.

Sila lihat butiran lanjut masalah projek ini kepada orang Senawang di 
http://pasns.blogspot.com/2010/02/projek-tahi-kerajaan-bn-di-nsembilan.html 
 
Yang terbaru apabila hujan turun , air melimpah-limpah keluar dari penutup 
lubang yang jelas tertulis Indah Water (memang nampak Indah air yang melimpah 
keluar). Gambar pada pautan berikut diambil pada 27 Februari 2010 sekitar jam 6 
petang di jalan depan Surau Taman Alamanda , Senawang , lihat sini 
http://waghih.blogspot.com/2010/03/projek-yang-menyusahkan-rakyat-di.html 

Tak tahulah kenapa projek ini dibuat pada mulanya. Sepatutnya projek 
pembentungan berpusat ini dibuat di projek perumahan yang baru. Bukan yang dah 
lama sedia ada , di mana menyusahkan rakyat. Lebih malang ada rumah-rumah yang 
retak-retak ketika kerja menggali untuk memasukkan paip pembentungan berdekatan 
rumah mereka.

Dah berapa kali masuk akhbar entah masalah projek ini. Namun tak ada tindakan 
yang positif dan berkesan dilakukan. Cuma yang belum masuk TV3 saja.

Entahlah. 

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Mungkin bukan rakyat di Senawang agaknya.



      

Kirim email ke