MUAR: Tiga murid dan seorang guru tadika cedera parah selepas diserang dengan
tukul besi oleh seorang lelaki dipercayai tidak siuman dalam kejadian kira-kira
10.30 pagi di sebuah tadika di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman, di sini
hari ini. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata Nur Nadrah
Nabila Mohd Yusri, 6, dan Alex Tan Kar Eik, 6, mengalami keretakan di bahagian
kepala manakala seorang lagi murid Vincent Tey Hui Seng, 6, dan guru Boon Kiun
Sew, 45, mengalami kecederaan di badan.
"Kesemua mangsa dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini dan keadaan
mereka dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika 60 murid tadika berkenaan sedang
menikmati sarapan pagi.
"Seorang lelaki bertopi keledar dan memakai pakaian serba hitam telah
menceroboh tadika berkenaan dengan memanjat pagar lalu memukul guru wanita
terbabit menggunakan tukul besi sebelum memukul bahagian kepala tiga orang
kanak-kanak," katanya.
CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI CINTA SEJATI,
HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH
JOM SINGGAH DULU YE
PETUA KULIT CANTIK..
SMS MURAH2