KUALA LUMPUR: Selepas 11 tahun hidup berumah tangga dan dikurniakan empat anak,
pasangan suami isteri berusia 61 dan 38 tahun baru menyedari perkahwinan mereka
yang disangkakan sempurna tidak sah berikutan dikendalikan jurunikah tidak
bertauliah. Berikutan itu, pasangan berkenaan yang menetap di Taman Melati di
sini berdepan masalah apabila empat anak mereka sukar mendapatkan sijil
kelahiran, sekali gus menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bersekolah.
Risaukan masa depan anak berusia 10, 8, 6 dan 5 tahun itu tanpa pendidikan,
pasangan berkenaan meminta bantuan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melati,
Babul Abbas Abd Aziz.
Suami berkenaan berkata, perkahwinannya dikendalikan seorang jurunikah di
Perak. Bagaimanapun, ketika itu dia tidak menyedari lesen jurunikah terbabit
tamat tempoh.
“Selepas beberapa tahun berkahwin, saya menyedari lesennya (jurunikah) sudah
‘mati’ (tamat tempoh) dan cuba bertemunya, tetapi jurunikah terbabit sudah
meninggal dunia.
“Pada awalnya saya tak ambil berat mengenai hal itu kerana malu serta mahu
menjaga maruah, tapi apabila mendapati anak saya tidak boleh bersekolah tanpa
sijil kelahiran disebabkan status perkahwinan kami, saya terus menyuarakan
masalah ini kepada Babul yang meminta bantuan Pengerusi MCA Wangsa Maju, Datuk
Yew Teong Look,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Selepas mendapat bantuan Yew, nasib menyebelahi pasangan suami isteri itu
apabila keempat-empat anak mereka kini mendapat sijil kelahiran serta boleh
bersekolah, namun status perkahwinan itu masih tidak sah di sisi undang-undang.
Yew berkata, pihaknya yang prihatin terhadap nasib anak pasangan itu yang tidak
bersekolah mendapatkan bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) dengan mengemukakan permohonan sijil kelahiran yang
dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Saya terkejut apabila menerima laporan mengenai pasangan ini dan prihatin
dengan nasib anak mereka. Usaha hampir setahun membuahkan hasil dan semua
kanak-kanak itu kini mempunyai sijil kelahiran. Kami akan mendaftarkan mereka
bersekolah di sekolah berdekatan, esok.
“Namun, pasangan itu masih perlu menguruskan status perkahwinan mereka yang
tidak sah dengan mengemukakannya ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi menyelesaikan
masalah itu secepat mungkin,” katanya.
CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI CINTA SEJATI,
HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH
JOM SINGGAH DULU YE
PETUA KULIT CANTIK..
SMS MURAH2