tulah...
rasa tergelak jugak bila alasan yg dinyatakan tu boleh menyebabkan tidak sah...
kadang2 jabatan agama ni kalutlah...

  -----Original Message-----
  From: [email protected] [mailto:[email protected]]on Behalf 
Of Ahmad
  Sent: Friday, March 12, 2010 15:49
  To: Ikhwanul Muslimun
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] 'Kami ingat nikah sah' 
[AX-1268686409539]



        Andaian mudah
        Saya ada anak perempuan, kemudian saya ingin kahwinkan anak perempuan 
saya itu dengna seoran jejaka yang soleh. Sebagai wali saya berhak mengahwinkan 
anak saya. Kemudian saya panggil wakil keluarga perempuan.

        Berlandasakan rukun nikah mazhab syafie SISWA
        1. Ada calon suami
        2. Ada calon isteri
        3. Ada 2 saksi yang adil iaitu TGNA dan TG Hj Hadi
        4. Saya sendiri sebagai wali
        5. Akad Nikah - saya sendiri lakukan.

        Mungkin tambahan versi 1Malaysia
        6. Jurunikah yang tidak expired

        Persolan yang saya nak tanya ada tak dalam rukun nikah (menjadikan 
nikah itu sah atau batal, juru nikah yang tidak expired date?)

        sekadar pencetus untuk kita buka minda kepada orang yang suka meminda 
hukum syarak

        sekian wassalam


        Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
        Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
        Ada yang menghisabnya.

        Ahmus


        --- On Thu, 3/11/10, [email protected] <[email protected]> wrote:


          From: [email protected] <[email protected]>
          Subject: Help Palestine [hidayahnet] 'Kami ingat nikah sah'
          To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
          Date: Thursday, March 11, 2010, 8:04 AM




          KUALA LUMPUR: Selepas 11 tahun hidup berumah tangga dan dikurniakan 
empat anak, pasangan suami isteri berusia 61 dan 38 tahun baru menyedari 
perkahwinan mereka yang disangkakan sempurna tidak sah berikutan dikendalikan 
jurunikah tidak bertauliah.

          Berikutan itu, pasangan berkenaan yang menetap di Taman Melati di 
sini berdepan masalah apabila empat anak mereka sukar mendapatkan sijil 
kelahiran, sekali gus menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bersekolah.

          Risaukan masa depan anak berusia 10, 8, 6 dan 5 tahun itu tanpa 
pendidikan, pasangan berkenaan meminta bantuan Pengerusi Persatuan Penduduk 
Taman Melati, Babul Abbas Abd Aziz.


          Suami berkenaan berkata, perkahwinannya dikendalikan seorang 
jurunikah di Perak. Bagaimanapun, ketika itu dia tidak menyedari lesen 
jurunikah terbabit tamat tempoh.


          “Selepas beberapa tahun berkahwin, saya menyedari lesennya 
(jurunikah) sudah ‘mati’ (tamat tempoh) dan cuba bertemunya, tetapi jurunikah 
terbabit sudah meninggal dunia.


          “Pada awalnya saya tak ambil berat mengenai hal itu kerana malu serta 
mahu menjaga maruah, tapi apabila mendapati anak saya tidak boleh bersekolah 
tanpa sijil kelahiran disebabkan status perkahwinan kami, saya terus 
menyuarakan masalah ini kepada Babul yang meminta bantuan Pengerusi MCA Wangsa 
Maju, Datuk Yew Teong Look,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.


          Selepas mendapat bantuan Yew, nasib menyebelahi pasangan suami isteri 
itu apabila keempat-empat anak mereka kini mendapat sijil kelahiran serta boleh 
bersekolah, namun status perkahwinan itu masih tidak sah di sisi undang-undang.


          Yew berkata, pihaknya yang prihatin terhadap nasib anak pasangan itu 
yang tidak bersekolah mendapatkan bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, 
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan mengemukakan permohonan sijil kelahiran 
yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


          “Saya terkejut apabila menerima laporan mengenai pasangan ini dan 
prihatin dengan nasib anak mereka. Usaha hampir setahun membuahkan hasil dan 
semua kanak-kanak itu kini mempunyai sijil kelahiran. Kami akan mendaftarkan 
mereka bersekolah di sekolah berdekatan, esok.


          “Namun, pasangan itu masih perlu menguruskan status perkahwinan 
mereka yang tidak sah dengan mengemukakannya ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi 
menyelesaikan masalah itu secepat mungkin,” katanya.




          CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI 
CINTA SEJATI, HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH
          JOM SINGGAH DULU YE

          PETUA KULIT CANTIK..

          SMS MURAH2









  

Kirim email ke