BUKIT MERTAJAM: “Saya hanya mampu melihat adik minta tolong sambil mereka
menjerit ‘takut, takut’ berulang kali.
SELAMAT...Encin menceritakan kejadian kebakaran yang meranapkan lima rumah.
CARI...anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang rentung. “Saya sedih dan
terkilan kerana tak sempat menyelamatkan mereka berikutan api marak terlalu
cepat,” kata Koay Chin Chin, 15, yang terselamat dalam kebakaran memusnahkan
lima rumah di Kampung Bukit Kecil, Jalan Betek di sini, semalam. Dalam kejadian
jam 5.40 pagi itu, tiga adiknya, Koay Yin Ying, 12; Koay Peng Teik, 9; dan Koay
Sew Nee, 11, ditemui rentung manakala ibu, bapa serta tiga adiknya cedera dan
masih mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam.
Chin Chin yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam berkata,
dia terjaga dari tidur selepas mendengar jeritan ahli keluarganya dan apabila
tersedar, api sudah marak.
“Saya tak sempat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat. Dalam keadaan
kelam-kabut itu, saya berusaha menyelamatkan diri, namun tidak sempat
menyelamatkan tiga adik yang meminta tolong,” katanya yang masih sedih dan
trauma dengan kejadian itu.
Chin Chin cedera di tangan manakala ibunya, Phuah Lay Ling, 37, melecur di
badan dan kaki sementara bapa, Koay Seng Cheng, 39, serta adik-adiknya, Koay
Peng Hooi, 13; Koy Ean Nee, 5; dan Koay Hui Nee, 2, yang turut cedera
mendapatkan rawatan di hospital sama.
Ketika kejadian, Chin Chin tidur bersama tiga adiknya dalam sebuah bilik di
tingkat atas. Rumah itu mempunyai tiga bilik di tingkat atas dan sebuah di
tingkat bawah.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Encin a/p Pikat, 30, berkata tangisan
anaknya yang berusia empat bulan menyelamatkan dia sekeluarga.
“Saya terjaga kira-kira jam 5 pagi apabila anak meminta susu dan apabila
bangun, saya ternampak api sebelum menjerit memberitahu jiran.
“Ketika kejadian, bapa mentua, (Lee Bak Weng, 80,) sempat menyelamatkan dua
adik Chin Chin melalui pintu belakang rumah mereka,” katanya yang tinggal
bersebelahan dengan rumah keluarga malang berkenaan.
Encin berkata, dia hanya sempat menyelamatkan sedikit pakaian, susu anak serta
dokumen penting termasuk sijil kelahiran anaknya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Wan
Azmi Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.40 pagi sebelum tiba lima
minit kemudian.
Katanya, ketika tiba, api sudah marak, namun pihaknya berjaya mengawal
kebakaran dalam tempoh lima minit.
“Kebakaran membabitkan lima rumah dan dalam sebuah rumah, kami menemui tiga
mayat rentung berhampiran antara satu sama lain manakala lima penghuni rumah
terbabit cedera.
“Difahamkan, ada 10 orang dalam rumah berkenaan dan kami masih menyiasat punca
kejadian serta kerugian dialami,” katanya ditemui di tempat kejadian semalam.
Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba Perda dan Bukit Mertajam bersama 17
anggota termasuk pegawai terbabit dalam operasi itu.
Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menziarahi mangsa
di Hospital Bukit Mertajam berkata, kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan
perlu kepada keluarga terbabit dalam tempoh terdekat
CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI CINTA SEJATI,
HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH
JOM SINGGAH DULU YE
PETUA KULIT CANTIK..
SMS MURAH2