Kami ingin mendapatkan maklumat dari anda
sekelian tentang special walker (foto) ini. Ianya tidak boleh diperolehi
 dalam negara dan memerlukan 2 bulan untuk di import masuk. Jika anda
mempunyai maklumat bagaimana walker ini dapat segera diperolehi sila
hubungi Puan Norlela di 019-2928001 . Walker ini adalah untuk
disumbangkan kepada Adik Hana yang lumpuh akibat sawan
sejak berusia 6 bulan. Terima kasih


Email
ini diterima dari seorang ahli dari Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)

Salam Tuan Presiden SIM,

Tadi pagi saya pergi ke
Hospital Serdang bagi urusan perubatan. Saya singgah sekejap di pejabat
khidmat sosial di hospital tersebut. Seorang makcik sedang berurusan di
kaunter pejabat berkenaan kerana ingin penjelasan
 mengenai permohonan beliau bagi mendapatkan alat
 bantuan berjalan
 (walker) bagi cucu beliau
 berusia 7 tahun yang
 lumpuh sejak umur 6 bulan. Menurut beliau permohonan untuk mendapat
walker telah dibuat sejak 2 tahun lepas dan sejak itulah juga turun naik
 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di cawangan-cawangan hinggalah ke
Putrajaya. Dah berpucuk surat rayuan serta permohanan telah dimajukan
kepada pihak-pihak terbabit tetapi masih belum berhasil. Saya memohon
agar pihak yayasan berbuat sesuatu bagi membantu makcik ini mencapai
impian untuk melihat cucunya dapat berjalan dengan bantuan walker. Saya
sertakan gambar adik Hana untuk tatapan kita semua.

Adik ini berumur 7 tahun.
Lumpuh semenjak usia 6 tahun. Memerlukan walker untuk beliau berjalan
tanpa menggunakan kerusi roda. Harga walker ini dalam
 anggaran
 RM1,000. Telah lebih dua tahun turun naik agensi kerajaan bagi memohon
bantuan tapi masih belum dapat. Saya merayu pihak yayasan supaya berbuat
 sesuatu bagi membantu makcik ini mencapai impian beliau untuk melihat
cucu beliau dapat berjalan dengan menggunakan walker. Saya sertakan
gambar adik Hana untuk tatapan sahabat-sahabat sekelian.

Terima kasih




Kepada yang ingin
 menyumbang secara online boleh menyumbang melalui
 Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, nombor akaun MAYBANK 564306010030
(Khidmat Nurhikmah) sila letakkan maklumat pindahan sebagai ADIK HANA
bagi memudahkan kami mengasingkan sumbangan tersebut kedalam tabung
khas.

MELALUI CIMB ONLINE       Caranya ialah :      1. Login 
ke https://www.cimbclicks.com.my/

  2. Pilih Pay Bills
     3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
     4. Pilih Payment To
>> Payee List     5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
     6. Masukkan Nama Anda
(optional)     7. Masukkan Contact
 No. (optional)     8.
Masukkan Jumlah     9. Tekan Submit
-------------------------------------------------------
  YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
 No. Pendaftaran : 646393-A          No.
 16-3, Jalan Mesra Niaga,     Taman Mesra,     43000
 Kajang,       Selangor Darul Ehsan.  Telefon : 03-87332411
HOTLINE 24
JAM : 1700 800 020
Fax       : 03-87332967   Laman web : www.nurhikmah.org.my
  EMAIL  : [email protected]
      Yahoo
 Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/

SERTAI
JARINGAN SUKARELAWAN DI FACEBOOK

http://www.facebook.com/pages/YPnet/170459271485#/pages/YPnet/170459271485?ref=nf

    
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
     AMARAN :   
  Pihak
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah TIDAK
 PERNAH melantik mana-mana pihak
atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada
pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur
Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat
terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau
secara online ke Akaun Maybank  564306010030.
   
  Sebarang kemusykilan atau pertanyaan
sila email kepada [email protected] atau telefon 019-2144214 (24 jam)
 .




      
_______________________________________________________________________________
Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke