Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik
perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*








Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita
untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga
yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2
syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari
segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada
bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di
rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta
kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah
datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang
berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para
pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara
anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari
bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian
ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri
mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan
peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka
sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah
telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari
kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan."
(Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi
termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke
perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah
memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang
dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada
Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah
penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 3/11/2010 05:27:00 PM

Kirim email ke