[100%]

Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika  diminum bersama-sama semut
tersebut, orang yang meminum'nya juga akan  menjadi bodoh seperti
semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak  dari serangga lain
sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih  mengetahui apa
hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.

Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman,  apa hukumnya meminum air
tersebut?

Jawapan:
Semut  adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut
adalah  najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu,
hukumnya ada 2  keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu  sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia,
seperti  memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis,
tidak boleh  diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti
ditiup angin  selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan
syarat  membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan  hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar  manusia,
maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku  kerana
air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau  memasukkan
air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan  ikhtiar
manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin,  maka
tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu  dibuang
dahulu.

Wallahua'lam






JOM JADI RAJIN DAN BIJAK MACAM SEMUT
  <http://rahsiafasya.info>









Kirim email ke