salam. Mohon kemukakan dalil bagi jawapan2 dibawah. Terima kasih
--- In [email protected], "fadhlan" wrote: > > [100%] > > > Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut > tersebut, orang yang meminum'nya juga akan menjadi bodoh seperti > semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain > sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa > hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam. > > Soalan: > Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air > tersebut? > > Jawapan: > Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut > adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, > hukumnya ada 2 keadaan: > > 1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati > Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, > seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, > tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti > ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan > syarat membuang dulu bangkai semut itu. > > 2) Semut masuk dalam keadaan hidup > Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, > maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana > air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan > air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar > manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka > tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang > dahulu. > > Wallahua'lam > > > > > > > JOM JADI RAJIN DAN BIJAK MACAM SEMUT > <http://rahsiafasya.info> >
