Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat  Kuala 
Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu 
ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin 
Alawi Al-Haddad.

Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.

Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul 
Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:

Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam 
Rabu selepas Solat Maghrib
Hari Sabtu 20 March 2010 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian 
buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Hari Ahad 21 March 2010 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang 
Sempurna dan Peringatan yang Utama’


Agar kita mengambil peluang untuk menghadiri majlis diatas untuk pendoman 
perjalanan kita ke akhirat.

Jadual ini akan diulangi pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan dan akan 
dimaklumkan pada majlis semasa.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.  Diminta Hadirin dan Hadirat 
mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.

Semoga kami semua dapat manfaat dan diberkati Allah dengan usaha menimba ilmu 
yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. serta RasulNya Muhammad s.a.w. Amin


http://pondokhabib.wordpress.com

---


      

Kirim email ke