Petikan Blog 
http://mycompletemastery.blogspot.com/2010/03/selamat-datang-ke-dunia-baru-tahniah.html
 

Memang benar, pendidikan tinggi itu bukan hanya setakat menggenggam segulung 
ijazah, tapi lebih dari itu. Paling mustahak adalah kemahiran. 

Ya, kemahiran membodek dan merasuah supaya kita jadi cepat kaya dan ternama. 

Kemahiran politik dan melompat parti . Kemahiran melompat ini sepatutnya 
dimasukkan sebagai subjek wajib untuk para siswa di universiti. Dengan itu kita 
akan melahirkan graduan yang berkualiti dan tulen.

Terfikirkah kita ke mana 465,853 orang lepasan SPM ini akan meneruskan hidup 
selepas ini. 

Apakah kita tidak tahu untuk bergerak ke sana sini itu memerlukan kos.

 Minyak itu tak sama dengan air. Resit tol itu tak sama dengan tisu jamban. 

Apakah mereka sedar bahawa pendapatan perkapita rakyat Malaysia kini adalah 
antara yang terendah dalam dunia. 

Apakah mereka ingat bahawa para kapitalis sudah bersedia menerkam untuk 
membocorkan poket mereka dengan GST dan Skim Perkhidmatan Bayar Penuh. 

Malangnya kesemua itu ditutup dengan keghairahan untuk memasuki alam kampus. 

Happy2 mengambil jurusan perubatan untuk jadi doktor, tapi tidak pernah 
terfikir bahawa gaji doktor itu lebih rendah dari gaji buruh Bangladesh di Sri 
Hartamas. 

Akhirnya kita semua sedar bahawa Buggy Golf itu lebih penting dari kebajikan 
rakyat. 

Rupanya selama ini kita tersilap kerana membeli kereta nasional. 

Ada kenderaan yang lebih ekonomik dan murah yang tidak dikenakan cukai. 

Orang Asli suku Temuan di Sarawak pasti gembira dengan berita ini. 
Setidak-tidaknya Buggy itu boleh digunakan untuk pergi memburu. 

Makcik Felda Taib Andak juga boleh gunakan untuk pergi ke mesyuarat cawangan. 

Terima kasih diucapkan kepada PM 1Malaysia

'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. 




      

Kirim email ke