Saja nak beri komen dgn kisah ni..
 
Buat saudara yang berkenaan..bukan semua Melayu tak baik sehingga
terpaksa " mencontohi akhlak Cina
Seremban ".
Kita manusia nii..yang membezakannya adalah Ugama dan Kepercayaan. Lain
semua adalah sama..tabiat,
budi bicara dll. Kena dgn orang yang amanah maka barangan yang hilang
dijumpai semula, bagaimana pulak
jika sebaliknya ?????. Apakah beliau nak umumkan jgn tiru ahklak Cina
Seremban ?????.
Tak kiralah apa jenis warna kulit mereka, ADA YANG AMANAH, JUJUR,
PEMBELIT DAN sebagainya.
 
Tak dapat dinafikan banyak kaum Cina bersenam/jogging pada pagi hari
tapi Melayu kurang..perlu diingatkan
Melayu telah melakukan senaman yang terbaik apabila bangkit dari tidur
dgn sujud pada Allah SWT ( sunat 
Tahiyattul Masjid, sunat Subuh dan Subuh ). 
Tentang buang anak..tak dapat dinafikan memang kaum Melayu/pendatang no
1. Mengapa Melayu ?????.
Sebabnya , kaum lain duduk serumah sebelum kahwin dan dah ada 4/5 anak
pun tak kisah . Dah macam Mat
Salih..tuu sebabnya kalu lahir pun zuriat tak masuk tong sampah..
Kita Islam tak bole.haram, jadi bagaimana bila dah terjadinya zina dan
termengandung ?????.
Kaum lain mungkin kurang sikit pada dadah nii..tapi minum arak ????.
Mungkin kalau ada kajian, mungkin
bangsa lain akan mengatasi Melayu . Apakah akibat dari minum arak nii
tak memudaratkan ?????.
 
Kaum lain pun ada yang warak pada ugama mereka seperti mana kita..hanya
pegangan yang kuat pada 
ugama saja yang dapat menjauhi perkara2 mungkar tersebut .
Jadi tak yalah salahkan Melayu terlalu sangat dan bukan jugak tak bole
nak tegor..tapi kita kena berbalik
pada hakikatnya..Mesti ada sebabnya terjadi begitu..tugas kitalah
sebagai KETUA KELUARGA YANG
MENCORAKKANNYA. Jgn tutup mata anda serapat2nya apabila sesuatu perkara
terjadi kepada bangsa lain dan 
membuka mata anda seluasnya apabila ianya berkaitan dgn Melayu.
 
Wassallam
 
 
 
 
 
 
 
 
 
-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[email protected]] On
Behalf Of Rozmal bin Malakan
Sent: Monday, March 08, 2010 8:16 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Umat Melayu contohilah akhlak Cina
Seremban
 
  
Dari laman Blog Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Seremban.

******************************** 
Fard Muslim asas binaan Tamaddun Islam

Suatu hari sedang saya minum di kedai, seorang Cina menelefon katanya,
"Saya mahu pulangkan handphone awak. Mana saya boleh jumpa awak?!!".
Pada awalnya saya belum dapat menangkap maksud beliau kerana handphone
saya ada ditangan saya ketika itu. "Saya kurang faham apa awak cakap.
Itu handphone apa? Siapa punya?". Dia menjawab, "Ini mungkin anak awak
punya". Rupa-rupanya dia menjumpai handphone anak saya, Kak Ngah di
tempat letak kereta Jusco, Seremban. Dia pergi berbincang dengan
kawannya, seorang penjual handphone untuk mengetahui bagaimana cara
hendak mencari tuan punya handphone tersebut. Akhirnya mereka sepakat
untuk menelefon nombor yang paling banyak digunakan oleh anak saya,
iaitu yang tertulis "Baba". 

KETIKA BERBUAL DALAM TELEFON, DAN KETIKA BERTEMUNYA UNTUK MENGAMBIL
KEMBALI HANDPHONE TERSEBUT, HATI SAYA TERHARU ATAS KEJUJURANNYA, DAN
TERASA BERAT TANGGUNGAN UNTUK MENDIDIK UMAT MELAYU ISLAM AGAR MEMILIKI
AKHLAK YANG SAMA. 

Beliau :

1. Berusaha memulangkan kembali handphone mahal milik orang lain yang
dijumpainya. 

2. Tidak menunggu sehingga tuannya sendiri memanggilnya melalui
handphone yang hilang itu. 

3. Berusaha terus secara berbincang dengan rakannya yang lebih mahir
untuk mengetahui siapakah yang paling patut dihubungi, lalu mereka
memutuskan untuk menelefon "Baba". 

Hampir setiap subuh beberapa orang wanita Cina berjogging di sekeliling
taman perumahan kami. Suatu pagi dua orang dari mereka singgah ke rumah
kami. Saya dan isteri bertemu mereka di pintu rumah. Rupanya mereka
terjumpa wallet isteri saya yang dibuat barang mainan oleh anak-anak
kecil kami dan mereka tinggalkan di tepi jalan. DIDALAMNYA ADA WANG
TUNAI BERIBU RINGGIT, KUTIPAN YURAN TADIKA ISTERI SAYA. "Ini wallet puan
kami jumpa tepi jalan. Wah, manyak uwang itu dalam. Uyo kalau olang
jumpa nanti hilang o", kata mereka yang khuatir wang yang banyak itu
akan diambil orang yang tidak amanah. Yang mengkagumkan lagi, tidak ada
alamat kami di dalam wallet itu kerana kad pengenalan isteri menggunakan
alamat lama. Rupanya mereka bertanya dari rumah ke rumah sehingga jiran
yang mengenali isteri saya menunjukkan di mana rumah kami.

Dua kisah di atas adalah diantara banyak kisah-kisah lain yang boleh
dijadikan teladan kepada umat Islam. Belum lagi kisah ramai orang Cina
mempunyai dedikasi tinggi dalam perniagaan, pembuatan barang mahupun
menuntut ilmu dunia berbanding sebahagian umat Islam. 

Ketika saya berdepan dengan 2 kisah di atas, fikiran saya turut melayang
memikir nasib umat Islam diaspek akhlak dan keperibadian mereka. Di
Malaysia, banyak penyelewengan dan gejala yang berlaku adalah turut
melibatkan bahkan dijuarai oleh umat Islam seperti penagihan dadah,
buang anak, mat rempit, keciciran dalam pelajaran, pecah amanah, kawin
lari, curi tulang, melewat-lewatkan bayaran hutang dan lain-lain lagi. 

ADAPUN MELAUNGKAN SLOGAN MELAYU DISATU TEMPAT, DAN DI TEMPAT LAIN PULA
MEMBUKA PINTU SELUAS-LUASNYA GENERASI MELAYU KEPADA SERANGAN BUDAYA
BARAT MELANDA MEREKA YANG TELAH SEDIA LEMAH DAN JAHIL, Jalan Politik
licik seperti ini tidak akan membawa kepada kemajuan dan kejayaan hakiki
yang diinginkan oleh Islam, bahkan ia terus menghanyutkan umat Islam
jauh dari dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain di luar dan dalam
negara.

Umur projek pembangunan sesebuah umat bukan diukur dengan umur
seseorang, akan tetapi ia diukur dengan umur umat itu sendiri. Kita
berusaha, Allah menentukan. Allah swt menanyakaan hasil kita tetapi
mempersoalkan kerja dan Jalan kita. Oleh itu aturilah langkah Dakwah
anda sebaik dan setepatnya. Pastikan anda berada di Jalan yang betul.

Cerita sepenuhnya di http://inijalanku.
<http://inijalanku.wordpress.com/2010/03/08/fard-muslim-asas-binaan-tama
ddun-islam/>
wordpress.com/2010/03/08/fard-muslim-asas-binaan-tamaddun-islam/ 

Kirim email ke