Bukan bangsa menentukan sikap - didikan yang penting - didiklah anak2 supaya 
menghargai danmenghormati hak orang lain. Jangan jadi cerita seorang ibu yang 
marahkan anak mencuri pensil kawan di sekolah tetapi membekalkan pensil kepada 
anak yang dibawa pulang dari pejabat.  Didiklah etiket dan etika - saya dapati 
ini kurang diamalkan di kalangan orang Melayu yang beragama Islam - sewaktu di 
USA dulu saya dapati ibu bapa dan guru mendidika anak nilai-nilai murni. Jadi 
bangsa tak ada kena mengena dengan amalan hidup sehari-hari - binalah jati diri.

--- On Sun, 3/14/10, Abu [email protected] <Abu [email protected]> wrote:

From: Abu [email protected] <Abu [email protected]>
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Umat Melayu contohilah akhlak Cina 
Seremban
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Sunday, March 14, 2010, 9:28 PM







 


















Saja
nak beri komen dgn kisah
ni……

  

Buat
saudara yang berkenaan……bukan semua Melayu
tak baik sehingga terpaksa “ mencontohi akhlak Cina

Seremban “.

Kita manusia
nii……yang membezakannya
adalah Ugama dan Kepercayaan.
Lain semua adalah sama……tabiat,

budi
bicara dll. Kena dgn orang
yang amanah maka barangan yang hilang dijumpai semula, bagaimana pulak

jika
sebaliknya ?????. Apakah beliau nak umumkan
jgn tiru ahklak Cina Seremban ?????.

Tak
kiralah apa
jenis warna kulit mereka, ADA YANG AMANAH,
JUJUR, PEMBELIT DAN sebagainya.

  

Tak
dapat dinafikan banyak kaum Cina
bersenam/jogging pada pagi hari tapi
Melayu kurang……perlu diingatkan

Melayu
telah melakukan senaman yang terbaik apabila bangkit dari tidur dgn
sujud pada Allah SWT ( sunat

Tahiyattul
Masjid, sunat Subuh dan Subuh ).

Tentang buang anak……tak dapat dinafikan memang kaum Melayu/pendatang
no 1. Mengapa
Melayu ?????.

Sebabnya , kaum lain duduk serumah sebelum kahwin dan dah
ada 4/5 anak pun tak kisah . Dah
macam Mat

Salih……tuu sebabnya kalu
lahir pun zuriat tak masuk tong sampah……

Kita Islam tak bole…haram, jadi bagaimana
bila dah terjadinya zina dan termengandung ?????.

Kaum
lain mungkin kurang sikit pada dadah
nii……tapi minum arak ????. Mungkin kalau
ada kajian, mungkin

bangsa
lain akan mengatasi Melayu . Apakah akibat dari minum
arak nii tak memudaratkan ?????.

  

Kaum
lain pun ada yang warak pada ugama mereka
seperti mana kita……hanya pegangan yang kuat pada

ugama
saja yang dapat menjauhi perkara2 mungkar tersebut .

Jadi
tak yalah salahkan Melayu terlalu sangat dan bukan jugak
tak bole
nak tegor……tapi kita kena
berbalik

pada
hakikatnya……Mesti
ada sebabnya terjadi begitu……tugas kitalah sebagai
KETUA KELUARGA YANG

MENCORAKKANNYA.
Jgn tutup mata anda serapat2nya apabila sesuatu perkara terjadi kepada bangsa 
lain dan

membuka
mata anda seluasnya apabila ianya berkaitan dgn Melayu.

  

Wassallam

  

  

  

  

  

  

  

  

  

-----Original Message-----

From: hidayah...@yahoogro ups.com
[mailto:hidayahnet@ yahoogroups. com] On Behalf
Of Rozmal bin Malakan

Sent: Monday, March 08, 2010 8:16
PM

To: Ikhwanul Muslimun

Subject: Help Palestine
[hidayahnet] Umat Melayu contohilah akhlak Cina Seremban

  

 









Dari laman Blog Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Seremban.



************ ********* ********* **

Fard Muslim asas binaan Tamaddun Islam



Suatu hari sedang saya minum di kedai, seorang Cina menelefon katanya,
“Saya mahu pulangkan handphone awak. Mana saya boleh jumpa
awak?!!”. Pada awalnya saya belum dapat menangkap maksud beliau kerana
handphone saya ada ditangan saya ketika itu. “Saya kurang faham apa awak
cakap. Itu handphone apa? Siapa punya?”. Dia menjawab, “Ini mungkin
anak awak punya”. Rupa-rupanya dia menjumpai handphone anak saya, Kak
Ngah di tempat letak kereta Jusco, Seremban. Dia pergi berbincang dengan
kawannya, seorang penjual handphone untuk mengetahui bagaimana cara hendak
mencari tuan punya handphone tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk menelefon
nombor yang paling banyak digunakan oleh anak saya, iaitu yang tertulis
“Baba”.



KETIKA BERBUAL DALAM TELEFON, DAN KETIKA BERTEMUNYA UNTUK MENGAMBIL KEMBALI
HANDPHONE TERSEBUT, HATI SAYA TERHARU ATAS KEJUJURANNYA, DAN TERASA BERAT
TANGGUNGAN UNTUK MENDIDIK UMAT MELAYU ISLAM AGAR MEMILIKI AKHLAK YANG SAMA.



Beliau :



1. Berusaha memulangkan kembali handphone mahal milik orang lain yang
dijumpainya.



2. Tidak menunggu sehingga tuannya sendiri memanggilnya melalui handphone yang
hilang itu.



3. Berusaha terus secara berbincang dengan rakannya yang lebih mahir untuk
mengetahui siapakah yang paling patut dihubungi, lalu mereka memutuskan untuk
menelefon “Baba”.



Hampir setiap subuh beberapa orang wanita Cina berjogging di sekeliling taman
perumahan kami. Suatu pagi dua orang dari mereka singgah ke rumah kami. Saya
dan isteri bertemu mereka di pintu rumah. Rupanya mereka terjumpa wallet isteri
saya yang dibuat barang mainan oleh anak-anak kecil kami dan mereka tinggalkan
di tepi jalan. DIDALAMNYA ADA WANG TUNAI BERIBU RINGGIT, KUTIPAN YURAN TADIKA
ISTERI SAYA. ”Ini wallet puan kami jumpa tepi jalan. Wah, manyak uwang
itu dalam. Uyo kalau olang jumpa nanti hilang o”, kata mereka yang
khuatir wang yang banyak itu akan diambil orang yang tidak amanah. Yang
mengkagumkan lagi, tidak ada alamat kami di dalam wallet itu kerana kad
pengenalan isteri menggunakan alamat lama. Rupanya mereka bertanya dari rumah
ke rumah sehingga jiran yang mengenali isteri saya menunjukkan di mana rumah
kami.



Dua kisah di atas adalah diantara banyak kisah-kisah lain yang boleh dijadikan
teladan kepada umat Islam. Belum lagi kisah ramai orang Cina mempunyai dedikasi
tinggi dalam perniagaan, pembuatan barang mahupun menuntut ilmu dunia
berbanding sebahagian umat Islam.



Ketika saya berdepan dengan 2 kisah di atas, fikiran saya turut melayang
memikir nasib umat Islam diaspek akhlak dan keperibadian mereka. Di Malaysia,
banyak penyelewengan dan gejala yang berlaku adalah turut melibatkan bahkan
dijuarai oleh umat Islam seperti penagihan dadah, buang anak, mat rempit,
keciciran dalam pelajaran, pecah amanah, kawin lari, curi tulang,
melewat-lewatkan bayaran hutang dan lain-lain lagi.



ADAPUN MELAUNGKAN SLOGAN MELAYU DISATU TEMPAT, DAN DI TEMPAT LAIN PULA MEMBUKA
PINTU SELUAS-LUASNYA GENERASI MELAYU KEPADA SERANGAN BUDAYA BARAT MELANDA
MEREKA YANG TELAH SEDIA LEMAH DAN JAHIL, Jalan Politik licik seperti ini tidak
akan membawa kepada kemajuan dan kejayaan hakiki yang diinginkan oleh Islam,
bahkan ia terus menghanyutkan umat Islam jauh dari dapat bersaing dengan
bangsa-bangsa lain di luar dan dalam negara.



Umur projek pembangunan sesebuah umat bukan diukur dengan umur seseorang, akan
tetapi ia diukur dengan umur umat itu sendiri. Kita berusaha, Allah menentukan.
Allah swt menanyakaan hasil kita tetapi mempersoalkan kerja dan Jalan kita.
Oleh itu aturilah langkah Dakwah anda sebaik dan setepatnya. Pastikan anda
berada di Jalan yang betul.



Cerita sepenuhnya di http://inijalanku. wordpress. com/2010/ 03/08/fard- 
muslim-asas- binaan-tamaddun- islam/





























      

Kirim email ke