ahli parlimen.menteri,PM,bini PM,BINI MENTERI,BINI AHLI PARLIMEN,MB,EXCO,ADUN buksnksh mereka ini juga rakyat kepada negara malaysia...mrk juga berhak menerima faedah dari tema Juara Rakyat. Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan !
begitulah resam dunia...yg berkuasa akan menguasai kerna itu agenda dajjal 2010/3/11 <> > > > Politik di Malaysia makin semak. Baca akhbar pro BN atau pro PR semuanya > majoriti pasal politik. Bak kata Ustaz Zakaria bin Talib, banyakkanlah baca > Al Quran sekarang ini, lebih-lebih lagi Surah Sod. > > Bila politik makin ribut, keluhan guru warga pendidik tak siapa yang ambil > peduli. > > Akhirnya guru-guru ini hanya mampu meluahkan masalah mereka dalam akhbar. > > Buatlah kerja masing-masing. Menteri Pelajaran buatlah kerja Menteri > Pelajaran. Ahli Parlimen Rembau buatlah kerja sebagai Ahli Parlimen Rembau. > Ahli Parlimen Bachok buatlah kerja sebagai Ahli Parlimen Bachok. > > Guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak ini hanya > meminta bot laju agar lebih memudahkan perjalanan mereka mengajar selama > lebih 10 tahun di sana. YA, 10 TAHUN TU , TAK DAPAT PINDAH !!! > > Juara Rakyat. Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan ! Guru ? > > ************************ > KASIHANILAH GURU DI PEDALAMAN > > Utusan Malaysia 11 Mac 2010 > DUNIA pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada > membabitkan para guru atau para pelajar. Sekarang ini heboh pula tentang isu > guru enggan bertugas di luar bandar hingga memaksa Timbalan Perdana Menteri > merangkap Menteri Pelajaran untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar > untuk sekurang-kurang tiga hingga lima tahun. > > Saya adalah seorang guru. Bertugas di pedalaman selama hampir sepuluh > tahun. Bertugas di pedalaman adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli > di mana-mana. Pengalaman selama hampir sepuluh tahun mematangkan kerjaya > saya sebagai seorang guru. Namun yang menjadi isu sekarang ini apabila ada > kalangan lepasan maktab enggan bertugas atau dihantar ke luar bandar dan > pedalaman khususnya di Sarawak dan Sabah kerana momokan kawan-kawan > seperjuangan yang mengatakan bahawa di Sarawak dan Sabah ini keadaannya > sangat perit. > > Ada yang mengambil jalan pintas dengan segera mendirikan rumahtangga di > akhir semester pengajian mereka di institut penguruan dengan harapan mereka > tidak akan dihantar ke kawasan pedalaman. Ada yang terpaksa memikirkan > berpuluh-puluh alasan untuk tidak ke kawasan seperti ini kerana bimbang > tidak mampu untuk hidup di kawasan pedalaman. > > Saya tidak menyalahkan bakal-bakal guru ini kerana ada asasnya kebimbangan > mereka. Ini kerana bertugas di luar bandar atau pedalaman memerlukan mental > dan fizikal yang tinggi. Kita perlu berkorban segalanya jika berada di luar > bandar. Ketiadaan kemudahan asas adalah satu kenyataan yang perlu ditelan > ketika melangkah ke kawasan ini. Hanya berbekalkan generator dan air sungai > guru perlu segera menyesuaikan diri. Ada sekolah yang tidak mempunyai > kemudahan telefon atau jaringan komunikasi. Saya sendiri pernah > mengalaminya. Hendak menelefon keluarga pun terpaksa menggunakan telefon > atur atau terpaksa memanjat apa sahaja asalkan dapat menghubungi keluarga. > Begitu besar pengorbanan guru di luar bandar. > > Tambahan pula, ada kawasan tidak mempunyai kemudahan klinik. Kalau demam > pun terpaksa berbekalkan ubat yang dibeli di farmasi. Kalau hendak ke klinik > akan memakan masa. Kecuali keadaan kesihatan yang serius maka terpaksa juga > menggagahkan diri ke bandar untuk mendapatkan rawatan. > > Ada kalangan kami yang ke bandar tetapi tidak mempunyai tempat tinggal. > Terpaksa pula kami bermalam di hotel atau rumah tumpangan. Tidak mengira > keselamatan diri, guru-guru perempuan yang tidak mempunyai saudara-mara di > bandar terpaksa tinggal di hotel terutamanya apabila menghadiri kursus di > bandar kerana pihak jabatan tidak menyediakan tempat tinggal. Apatah lagi > sekarang ini adalah zaman penjimatan di mana setiap kursus perlu dilakukan > di premis pendidikan sendiri. Terpaksalah guru-guru luar bandar mencari > alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan daripada duduk di hotel selama > berhari-hari. > > Apa yang membimbangkan adalah sistem pengangkutan di luar bandar. Terpaksa > naik perahu hingga berjam-jam lamanya. Apa yang lebih memeritkan, saya dan > kawan-kawan terpaksa memberanikan diri menahan mana-mana kenderaan yang lalu > lalang untuk ke bandar. Tidak mengira akan keselamatan diri, kami menumpang > sesiapa sahaja yang sudi membawa kami ke bandar. Begitulah peritnya hidup > seorang guru di luar bandar. > > Namun, kami sangat terharu apabila kerajaan mengumumkan pemberian insentif > sebanyak RM500-RM1500 untuk guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. Akan > tetapi, kami merasa dipinggirkan apabila kami terpaksa berjuang pula untuk > mendapatkan insentif tersebut kerana sekolah kami mudah dihubungi menurut > pandangan pegawai yang melakukan pemantauan. Kami sangat kecewa pada masa > tersebut memandangkan sekolah kami tidak mempunyai bekalan elektrik, perlu > menaiki perahu, menggunakan jalan tanah merah malah tiada kemudahan telefon. > Paling menambahkan beban, elaun perumahan kami ditarikbalik memandangkan > kami tinggal di kuarters sekolah walaupun kuarters tersebut sangat daif dan > usang! Sudah jatuh, ditimba tangga pula. > > Biarpun demikian, kami sangat berbesar hati apabila kerajaan memberikan > elaun balik kampung kepada kami memandangkan harga tambang untuk pulang ke > kampung bernilai sebulan gaji! > > Cadangan kerajaan untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar bagi tempoh > 3-5 tahun adalah cadangan yang cukup baik namun pihak kementerian perlulah > memastikan guru tersebut dapat berpindah ke negeri asal setelah tamat tempoh > berkenaan. Jangan jadi seperti saya! Saya tidak kisah berkhidmat di luar > bandar tetapi untuk tempoh selama sepuluh tahun ia memang memeritkan. > Sepuluh tahun berkhidmat di sekolah yang sama begitu menekankan. > > Apabila saya memohon ke bandar, pelbagai alasan dikemukakan oleh pihak > jabatan kepada saya. Oleh sebab itu, ramai bakal guru yang enggan ke luar > bandar kerana bimbang akan terkandas di sana selama berpuluh tahun. Ada > rakan sejawat saya yang pernah bertugas di luar bandar selama lima belas > tahun barulah pihak jabatan buka mata untuk memindahkan mereka. Itupun > setelah mereka bertikam lidah dengan pihak berkenaan. Alasan yang selalu > diberikan oleh pihak berkenaan adalah tiada kekosongan di tempat yang > diminta. > > Selepas ini, saya berharap agar urusan perpindahan guru diuruskan dengan > lebih sistematik oleh pihak yang terlibat. Sebagai guru, kami tidak kisah > untuk berkhidmat di mana-mana sahaja kerana sudah termaktub dalam ikrar kami > sebelum menjadi guru. Akan tetapi, kebajikan kami perlu juga dijaga > khususnya guru-guru di luar bandar. > > Hasrat kerajaan untuk menambah insentif kepada guru-guru di luar bandar > sangat dialu-alukan agar lebih ramai guru berminat untuk ke luar bandar. > Pemberian elaun hidup susah adalah satu contoh terbaik yang amat > menggembirakan kami di luar bandar. Cadangan saya agar setiap sekolah > dibekalkan dengan bot laju atau van siap dengan pemandu bagi kemudahan > guru-guru untuk berulang-alik ke bandar tanpa sebarang masalah. Dan > diharapkan generator yang ada di sekolah dapat membekalkan bekalan elektrik > 24 jam tanpa sebarang masalah. Kadang-kadang ada sekolah yang mempunyai > generator tetapi tidak boleh digunakan kerana rosak atau tiada bekalan > minyak. Kasihanilah guru-guru di luar bandar. > > > http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm > > >
