Di bawah keluhan segelintir para ustaz di Seremban. Ianya adalah sebagai 
muhassabah kepada golongan ilmuwan, pendakwah, ustaz dan ustazah seluruh 
Malaysia.

Kok tak pueh hati, jumpalah ustaz-ustaz yang meluahkan perasaan mereka di bawah.

Tak dapek den nak komen banyak do. Den bukan ustaz, cumo kekadang tukang cuci 
tandas surau, belajar pun dulu sistem sekular.

Kita semua bukan sempurna, namun saling lengkap melengkapi antara satu sama 
lain.

*******************
Dari Blog Ustaz Kamal http://ust-kamal.blogspot.com

Mereka amat mengharapkan bimbingan serta tunjuk-ajar dari para ilmuwan yang 
tinggal di sekeliling mereka, mereka HAMPA kerana ilmuwan yang ada semuanya 
adalah HAMPAS!!

Ada di antara ilmuwan dan bijak pandai ini, cukup terkenal di luar sana. 
Berceramah di sana, bermotivasi di sini, dijemput dan dibayar dengan harga yang 
cukup tinggi untuk membentangkan kertas kerja di seminar-seminar, berkuliah 
maghrib di rata-rata masjid hatta ke luar mukim, TETAPI tak pernah nampak 
batang hidung pun di surau taman sendiri!!

Cerita penuh di  
http://ust-kamal.blogspot.com/2010/03/di-mana-bijak-pandai-bwp.html


*******************
Dari Blog Ustaz Norazman http://lobai-kampung.blogspot.com

Saban tahun bukan sedikit jumlah graduan pengajian Islam keluar dari universiti 
tempatan mahu pun luar negara. Di Negeri Sembilan sendiri sungguhpun jumlah 
sekolah agama yang kebiasaannya membekal graduan pengajian Islam jumlahnya 
tidak banyak namun untuk menampung keperluan masyarakat rasanya masih boleh 
diusahakan.

Namun persoalannya sejauh mana graduan Pengajian Islam ini berperanan di 
kalangan masyarakat. Masih ada yang enggan mengaku dirinya 'Lobai' sedangkan 
status itulah yang patut dipikul dalam erti kata memimpin dan membimbing 
masyarakat.

Apakah kehidupan selesa dengan gaji tetap menyebabkan mereka enggan menyusahkan 
diri dan lebih selesa meneruskan kerja rutin dengan kedudukan yang ada. 
Persoalan itu kembali dijawab pada diri masing-masing. Muhasabahlah diri kita 
apakah yang kita lakukan itu satu kerja atau satu kerjaya.

Namun realitinya kini masyarakat tertanya-tanya mana pergi Lobai-lobai yang 
lain. Bahkan lebih dahsyat ke surau dan ke masjid untuk solat berjemaah pun 
jarang-jarang, kalau ada pun ilmu tidak dapat dimanfaatkan kerana berlalu 
segera setelah selesai solat.

Cerita penuh di 
http://lobai-kampung.blogspot.com/2010/03/lobai-lobai-poie-mano.html

*******************

Dari Blog Ustaz Mohsin http://mohamadmohsin.blogspot.com

“Kenapa belajar di timur tengah? Balik jangan hanya boleh cakap Arab je,tapi 
mesti boleh harap”

“Orang yang belajar kat negara Arab ni ramai yang tak boleh harap.Pakai 
biasiswa kerajaan tapi lawan kerajaan.” kata satu kelompok.

“Orang yang belajar kat negara Arab bukan boleh harap. Belajar tinggi-tinggi, k 
emudian sokong kerajaan.Memang tak boleh harap.” kata satu lagi kelompok.

Ada pulak belajar di negara Arab, tapi balik hanya lepas beban sendiri sahaja. 
Asalkan ada kereta, rumah, keluarga, ada kerjaya yang tetap.

Janganlah jadi “Tak boleh Arab dan lansung tak boleh harap”

Bukankah kita ini lahir untuk hebat? Maka boleh Arab, boleh harap.

Cerita penuh di 
http://mohamadmohsin.blogspot.com/2010/03/boleh-arab-keboleh-harap-ke.html




Kirim email ke