Ikuti petikan artikel dari laman blog: http://tehbri.blogspot.com/2009/12/kesedaran-pendidikan-anak-anak.html Selalulah berkata kepada anak-anak :-
"Berimanlah kepada Allah!", "Ingatlah kepada Allah!", "Takutlah kepada Allah!", "Cintalah kepada Allah!", "Bertaqwalah kepada Allah!". Hubung dan kaitkan iman anak-anak dengan: a) Amalan harian, syakhsiyyah, akhlak dan ibadah yang mereka dilakukan. b) Kesudahan hidup manusia di akhirat nanti. Keadaan syurga dan neraka. c) Sejarah Islam dan contoh-contoh lalu serta pengiktibarannya. d) Alam dan ciptaan-ciptaan Allah Subhanahuwata’ala yang sangat hebat. Ingatlah bahawa iman anak-anak perlu dipupuk supaya ia subur, segar dan kuat. Pada masa yang sama ia juga perlu dipupuk supaya melahir dan menjanakan natijah yang betul. Melahirkan natijah yang betul dalam syakhsiyyah anak-anak adalah suatu `kemahiran' yang perlu dipupuk sejak kecil sepertimana memupuk anak-anak bercakap dengan bahasa yang betul. http://tehbri.blogspot.com/
