Do you have any idea based on the title above? Yes? No?By the way, it is a sad 
story.

Mrs D was admitted for 15 days due to progressively abdominal distended within 
1 week prior to admission.
*My english selalu membuatkan cerita tu tak dramatic..*

Mrs D, 26 tahun, memiliki wajah yang lembut, halus dan sempurna tanpa sebarang 
cela. Dia merupakan seorang isteri kepada Mr E. Datang ke hospital disebabkan 
perutnya yang makin membesar seperti wanita mengandung dalam masa hanya satu 
minggu. Sebelum ini, mereka telah pun pergi ke beberapa klinik bagi mengetahui 
status Mrs D, memandangkan mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga 2 tahun 
lepas, sudah pasti dalam kotak fikiran mereka hanyalah zuriat. Tapi semuanya 
hanya tinggal impian. Mrs D tidak mengandung.

Setelah dimasukkan ke hospital, kes Mrs D menjadi kes yang complicated. Tidak 
mudah untuk di'diagnose'. Tiada gambaran yang tipikal bagi sakitnya. Tidak 
pasti apa punca sebenar perut Mrs D membesar sebegitu rupa. Ujian darah, 
biopsy, x-ray, ultrasound, dan lain-lain dibuat, namun masih tidak membantu 
pihak hospital. Kes ini juga telah pun kami bincangkan di dalam kelas, tetapi 
tiada kata putus. Walaupun gabungan 3 specialist; sakit puan, pakar bedah dan 
juga physician, masih sama, tiada diagnosis.

Khamis lepas, saye berpeluang bercakap dengan Mrs D.

Murni: Hi D! Macamana hari ini? Kurang sikit tak sakit tu?


Mrs D: Urm..dah tak sakit. Tapi perut tegang.


Murni: Dah makan?


Mrs D: Perut tegang. Sakit. Lagipun tak lapar.


MakMertuaD: Dia tak nak makan..Hish, tak tau la nak buat macamana lagi. Minta 
Allah berikan petunjuk secepat mungkin je..


Murni: Inshaallah..kita doa sama-sama. Doktor pun tengah siasat kes ni.

Yang kesiannya, badan Mrs D lebam-lebam. Hasil suntikan jarum, untuk buat ujian 
itu ini. Sampai saye sendiri pun ngeri dengar cerita Mrs D, apatah lagi orang 
yang menanggung. Masa saye borak dengan Mrs D, dia minta dibaringkan, sebab 
perut dia dah mengah. Lepas tu, saye minta izin untuk melihat sendiri perutnya. 
Dan saye sentuh. Keras. Bukan seperti perut lelaki boncit *ouh! saye selalu 
mengusap2 perut abang sayee..hehe..big belly u oallss~*, atau perut wanita 
mengandung.

Mrs D: Dah 4 kali perut saye masuk tiub, tapi tak ada air pun yang keluar.


Murni: Sabar ye D, I doakan u. Ada berubat kampung ke?


Mrs D: Ada.


Murni: Diorang kate ape?


Mrs D: Buatan orang. Setahu saye, saye tak ada bermusuh dengan siapa-siapa. Tak 
tahu lah.

Mata saye melorot ke wajah mak mertuanya di sebelah katil. Mata bengkak. Baru 
lepas menangis mungkin.

Pada malamnya, saye datang lagi. Merajinkan diri untuk on-call. Terus ke katil 
Mrs D.

Murni: Hi D! Macamana? Dah makan?


Mrs D: Sikit je..


Murni: Ouh..Jomlah borak-borak. Jangan la muram je. Jom kita borak macam kawan.

Baru tu la saye nampak Mrs D senyum. Terima kasih di atas senyuman ikhlas itu 
Mrs D!

Murni: Jom, kita cuba lagi berubat kampung. Mana tahu boleh elok. Kita buat 
dua-dua.


Mak Mertua: Tu la, memang plan nak buat macam tu. tapi boleh keluar hospital ke?


Murni: Eyh, xyah la keluar hospital. Kita panggil orang tu datang sini.


Mrs D: Aik? Awak percaya benda macam tu?


Murni: Hee...percaya je.. :P *Mrs D senyum lagi..*


Mrs D: Selalunya waktu senja, perut saya sakit dekat sini *dia tunjuk kat area 
bawah dada* Panas. Lepas tu, rasa macam kena cucuk kat belakang badan.

Sebelum saye balik, Mr E datang. Turn dia untuk menjaga Mrs D, sebab suhu badan 
Mrs D tinggi sedikit. Muka Mr E, penuh kerisauan dan kepenatan.

Semalam, saye datang melihat Mrs D setelah 2 hari tak tahu khabar Mrs D( Sabtu 
Ahad tak ada class).
Mrs D tak sedarkan diri. Mak Mrs D mengatakan, yang Mrs D meracau-racau pada 
waktu malam. Tak kenal suami, tak kenal mak sendiri. Perutnya sedikit kempis, 
setelah doktor berjaya mengeluarkan air dari perutnya. Kelihatan bengkak mata 
mak cik tu. Menangisi nasib anak gadisnya mungkin. Mr E masih setia menunggu di 
kepala katil. Memegang tangan dan mengusap rambut isteri tercinta. Sempat juga 
saye mendengar sang suami berbisik "Sayang, bangun..Abang datang ni. Buka mata 
sekejap" Namun, Mrs D, masih kaku. Dadanya beralun-alun perlahan mengikut 
rentak nafasnya. Pada saat ini, terlalu kuat perasaan ini untuk melangkah 
keluar dari bilik itu. Tapi, datang seorang lelaki tua. Menghampiri Mrs D.

Saye hanya melihat perlakuan pak cik itu. Bibir dan gigi nya terketar-ketar. 
Ok, enough! I should go out. Pak cik tu menangis juga. Bapa mertua Mrs D 
rupanya. Lalu saye melangkah pergi. Saye diekori mak mertua Mrs D. "Doctor, 
pagi tadi, specialist kata ready dengan apa-apa yang bakal berlaku"
OMG! Sedih sangat ok..Masa tu, saye hanya fikir, "Tak kan takde cara lain lagi? 
Mana boleh biarkan dia pergi macam tu je. Kalau betul ada kanser hati, 
transplant je la. Tak kan tak boleh?" - Ilmu saye tentang perubatan masih 
cetek. Mungkin ada doktor yang membaca blog ini, jadi saye mengaku, saye masih 
belum tahu tentang liver transplant-

Dan hari ini, keadaan Mrs D masih sama. Tak ada perkara yang menggembirakan. 
Yang pasti, ramai saudara-mara dan rakan-rakan mengunjungi Mrs D sejak semalam.

Di antara perkara-perkara yang menyayat hati adalah:-

1. "Diorang memang dah 2 tahun kawin, tapi baru beberapa bulan je tinggal 
bersama. Sebab suami Mrs D kena hantar kerja di *kedengaran seperti Indonesia*" 
- pesakit sebelah katil Mrs D


2. "Doktor, tak kan lah tak ada cara lain lagi..Tolonglah doktor. Gunakan 
kepakaran doktor tu rawat anak saye" - Mak mertua Mrs D


3. "Saye nak sangat tengok muka orang yang 'buat' Mrs D sampai sanggup seksa 
dia macamni. Nak tengok ada taring ke, tanduk ke..Kejam sungguh!" - pesakit 
sebelah katil Mrs D


4. Melihat Mr E menenangkan Mrs D, semasa Mrs D meracau-racau pada waktu malam. 
 Kejap-kejap, tekan button panggil nurse. Melihatkan Mr E memandang isterinya 
dengan penuh kesyahduan, membuatkan saye terfikir - mungkin Mr E sedang 
memikirkan segala salahnya terhadap Mrs D, segala tanggungjawab yang tak 
tertunai, dan segala memori manis mereka-*urghh..Mek Buk saye pun sedang hujan 
nih*


5. "Nurse! Tolong isteri saye ni, dia sakit..Kesianlah kat saye ni nurse*sambil 
airmatanya berjurai-jurai*"

Mari kita sama-sama doakan Mrs D supaya cepat sembuh. Maaf, tiada photo 
diambil. Memandangkan Mrs D tidak sedarkan diri.

Untuk sambungan sila click 
http://putrimurni.blogspot.com/2010/03/another-reason-why-i-eager-to-do-on_10.html
 

Murni



      

Kirim email ke