Jangan bohong!
<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jangan-bohong.html><http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6hi9LWKeiI/AAAAAAAADwU/cQP1BtXz0HU/s1600-h/bohong.jpg>
Daripada Ibnu Umar katanya, saya dengar Nabi Muhammad bersabda yang
bermaksud, *“Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang
dipancangkan tanda khianatnya di akhirat kelak.”* (Hadis riwayat Bukhari)

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan
sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi
yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya
lebih berat. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa *sifat-sifat orang munafik*,
antaranya, apabila dia berkata, dia *berbohong*. Apabila dia berjanji,
dia *mungkiri
*dan apabila diberi amanah, dia *khianat*. Maka wajar jika Rasulullah
menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, seorang lelaki datang kepada Rasulullah
untuk meminta nasihat. Lelaki itu mengakui bahawa dia tidak dapat
meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar
pengakuan jujur lelaki ini, Rasulullah berkata kepadanya, *“Hanya dengan
satu perkara, Laa Takzib! (Jangan berbohong!)”
*
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal
sebagai seorang yang jahat. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya
upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta
nasihat dari Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah SAW lelaki itu berkata di
dalam hatinya, “Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh
Rasulullah itu.”

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus
mengejek.

“Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh
Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya?” bisik hati kecil.

Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan
Rasulullah SAW dan setiap kali pulalah hatinya berkata, “Bagaimana kalau
saya ditanya Rasulullah? Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku
telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar
bererti aku wajib dihukum. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan
Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga.” Itu
menyebabkan lelaki itu langsung berhenti daripada berzina.

Lelaki itu mengikut nasihat Rasulullah, ternyata dia dapat menghindari
perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin
melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat Rasulullah itu.

Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam
hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti
yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Hingga ke akhirnya dia telah berubah
menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Berbohong Satu Pengkhianatan

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan
saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya,
sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat
Abu Daud)

Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan
untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini
kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa
menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.

Renung-renungkan!

A man is never more truthful than when he acknowledges himself a liar ~ Mark
Twain

Capaian entry berkaitan :

   1. 60 tips hubungan sesama
manusia<http://laman-seri.blogspot.com/2007/10/petua-yg-menarik-untuk-tatapan-anda.html>
   2. Tiada istilah ‘bohong
sunat’<http://laman-seri.blogspot.com/2009/07/tiada-istilah-bohong-sunat.html>
   3. Berbohong secara
kompulsif<http://laman-seri.blogspot.com/2009/01/berbohong-secara-kompulsif.html>


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke