Assallamualaikum..
Nak tanya beberapa soalan yang nampak agak remeh tapi perlu perhatian
yang khusus .
 
1/ Dalam perlawanan persahabatan antara pasukan, kami akan menetapkan
    setiap pasukan mengeluarkan 1 atau 2 tabung bola. Apabila selesai
perlawanan dan
    pemenangnya diketahui, lebihan bola tersebut akan jadi milik
pemenang tersebut .
    Setiap satu tabung bola berharga lbh kurang RM 53.00 X 2 = RM
106.00. Wang dikongsi
    setiap ahli untuk membeli bola tersebut .
Niat perlawanan tersebut di adakan :
a/ Perlawanan persahabatan dan untuk menambahkan kenalan serta
persaudaraan.
b/ Menentukan siapa yang lebih baik diantara mereka .
 
Soalannya : Apakah hukumnya dalam Islam mengenai perkara tersebut ?.
 
2/ Dalam latihan harian, kami menjadikan 1 atau 2 tin minuman dalam tin
( 100 plus dll )
    menjadi rebutan . Dalam erti kata lain siapa kalah dia kena belanja
minuman tersebut
    atau lebih menarik kena belanja mee goring, roti canai atau
sebagainya.
3/ Apabila ketika itu minuman tak disediakan ( kedai di dalam dewan tak
dibuka ), kami akan
    mengeluarkan wang RM 1.50 sebagai ganti. Ada kemungkinannya kami
akan kalah 2 atau 3 
    set bermakna kami akan keluarkan RM 3 atau RM 4,50 sebagai ganti
minuman untuk diberi 
    kepada pemenang .
Niat kami adalah jelas :
a/ Untuk menjadikan permainan itu sengit ( tanpa taruhan tersebut
permainan macam tak de selera aje ).
b/ Bila permainan menjadi sengit tak lagi perlu bermain banyak set
kerana 2 atau 3 set memang lebih
    dari mencukupi.
 
*         Buat pengetahuan anda..kalau kalah 2 atau 3 tin ( RM3 / RM
4.50 ) memang tak mendatangkan
kerugian pada kami berbanding apa yang kami perolehi hasil dari peluh
yang keluar dari tubuh kami.
 
Soalannya : Apakah hukumnya dalam Islam mengenai perkara tersebut ?. Di
tempat saya dan saya percaya
di tempat lain juga golongan Haji2 dan yang warak2 pun terlibat sama
kerana hanya untuk suka2.
 
Tolong berikan pendapat yang berlandaskan sunnah dan nas Al Quran jika
ianya bercanggah dgn Islam.
 
Wassallam
 
 
 
 
 
 
 

Kirim email ke