Salam, walaupun saya bukan ahli cerdik pandai agama, tapi dalam hal ini jelas ia menindas pemain yang kalah tersebut. mungkin niat luaran nak 'belanja' tapi ikhlas ke tak siapa yang tahu. ini macam dah kira judi (gambling). Kira haram lah ya benda-benda macam ini.
pasal bola tu apa susah sangat, namanya dah kongsi, mana lebihan bola yg boleh pakai tu simpan saja boleh dipakai untuk SESIAPA saja yang ada menyumbang dalam tabung tersebut. tak perlulah ia disimpan oleh PEMENANG. nampak sangat dan jelas disini PEMENANG sangat beruntung = makan free bola lebih pun dapat, manakala yg KALAH = tak dapat bola lebih free, KENA belanja makan pulak tu. tak ke menindas namanya. ________________________________ From: "Abu [email protected]" <Abu [email protected]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Wed, March 31, 2010 3:40:38 PM Subject: Help Palestine [hidayahnet] pertaruhan dalam permainan badminton Assallamualaikum…… Naktanya beberapa soalan yang nampak agak remeh tapi perlu perhatian yang khusus. 1/ Dalam perlawanan persahabatan antara pasukan, kami akan menetapkan setiap pasukan mengeluarkan 1 atau 2 tabung bola. Apabila selesai perlawanan dan pemenangnya diketahui, lebihan bola tersebut akan jadi milik pemenang tersebut . Setiap satu tabung bola berharga lbh kurang RM 53.00 X 2 = RM 106.00. Wang dikongsi setiap ahli untuk membeli bola tersebut . Niatperlawanan tersebut di adakan: a/ Perlawanan persahabatan dan untuk menambahkan kenalan serta persaudaraan. b/ Menentukan siapa yang lebih baik diantara mereka . Soalannya:Apakah hukumnya dalam Islam mengenai perkara tersebut ?. 2/ Dalam latihan harian, kami menjadikan 1 atau 2 tin minuman dalam tin ( 100 plus dll ) menjadi rebutan . Dalam erti kata lain siapa kalah dia kena belanja minuman tersebut atau lebih menarik kena belanja mee goring, roti canai atau sebagainya. 3/ Apabila ketika itu minuman tak disediakan ( kedai di dalam dewan tak dibuka ), kami akan mengeluarkan wang RM 1.50 sebagai ganti. Adakemungkinannya kami akan kalah 2 atau 3 set bermakna kami akan keluarkan RM 3 atau RM 4,50 sebagai ganti minuman untuk diberi kepada pemenang . Niatkami adalah jelas: a/ Untuk menjadikan permainan itu sengit ( tanpa taruhan tersebut permainan macam tak de selera aje ). b/ Bila permainan menjadi sengit tak lagi perlu bermain banyak set kerana 2 atau 3 set memang lebih dari mencukupi. · Buatpengetahuan anda……kalau kalah 2 atau 3 tin ( RM3 / RM 4.50 ) memang tak mendatangkan kerugianpada kami berbanding apa yang kami perolehi hasil dari peluh yang keluar dari tubuh kami. Soalannya:Apakah hukumnya dalam Islam mengenai perkara tersebut ?. Di tempat saya dan saya percaya ditempat lain juga golongan Haji2 dan yang warak2 pun terlibat sama kerana hanya untuk suka2. Tolongberikan pendapat yang berlandaskan sunnah dan nas Al Quran jika ianya bercanggah dgn Islam. Wassallam
