Tahniah Muzium Negeri, Seremban. Jom kita beramai-ramai ke sana bersama 
keluarga pelbagai demonstrasi diadakan.

Kepada mereka yang tak tahu di mana Muzium Negeri , kalau dari bandar Seremban 
jalan menghala ke Tol Seremban, sebelah kiri jalan, beberapa meter sebelum 
simpang masuk tol.

Kalau dari Kuala Lumpur , keluar ikut Tol Seremban , keluar lepas tol ke kiri. 
Muzium lepas simpang lampu isyarat pertama sebelah kanan.

****************************** 
Pameran Penyu Dan Spesis Ikan Di Muzium Negeri Sembilan Sepanjang April

SEREMBAN, 1 April (Bernama) -- Lembaga Muzium Negeri Sembilan dengan kerjasama 
Jabatan Perikanan menganjurkan pameran penyu dan spesis ikan terancam dalam 
negara di tingkat satu, Muzium Negeri di sini mulai hari ini hingga 30 April.

Pengarah Lembaga Muzium, Negeri Shahsuddin Ahmad berkata pameran itu antara 
lain bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pemuliharaan 
spesis ikan yang terancam.

"Di samping dapat memberi pengetahuan mengenai kepentingan pemuliharaan sumber, 
pameran itu juga disasar untuk menggalakkan sektor pelancongan domestik Negeri 
Sembilan," katanya di sini pada Khamis.

Katanya antara yang menarik pada pameran yang diadakan buat julung-julung 
kalinya itu ialah ia akan turut memaparkan spesis penyu hidup yang dipamerkan 
kepada umum.

Shahsuddin berkata selain itu terdapat juga rangka ikan paus dan spesis dugong 
yang diawet yang akan dipamerkan.

"Pelbagai pengisian turut disediakan, antaranya pertandingan memancing udang 
galah, bazar jualan, pertandingan mewarna, pertandingan permainan tradisional, 
pertandingan menghias akuarium, ceramah, pameran produk industri asas tani dan 
pertandingan memasak ikan air tawar," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=487251 



      

Kirim email ke