Memang kabarnya dulunya terdapat golongan berpendidikan pondok (rasanya amat 
kecil bilangannya) yang tidak selari pegangan mereka dengan Tuan Guru Nik Abdul 
Aziz yang berjuang dalam poitik bersama PAS tapi sekarang yang masih ada 
mungkin hanya ? pondok Geting. Apakah jalan keluar ? kalau susah-susah sangat 
nak buat Islam sebagaimana Nabi telah laksanakan maka fatwakan saja segalanya 
darurat sebagai lesen boleh ikut sapa saja orang Islam jadi pemimpin ? Saya tak 
pasti berapa umur tok guru pondok geting ini sehinggakan apa yang berlaku di 
Pulau Pinang dia kata puncanya kerana negeri itu ditadbir oleh Pakatan Rakyat. 
Dia tak tahu barangkali yang negeri itu telah lebih 50 tahun diperintah oleh 
UMNO/BN dan beberapa kerat orang Melayu yang masih ada tinggal di Balik Pulau 
dan mungkin jika terus ditadbir oleh mereka orang Melayu hanya akan tinggal 
disebalik batu-batu di tepi-tepi laut. Tapi laut pun sudah dibolot oleh kaum 
lain. Baru-baru ni saya ke Pulau
 Pinang dan diberitau masa UMNO/BN perintah laut sekitar bertentang Pulau 
Jerjak pun telah dijadikan ? projek perumahan untuk orang kaya-kaya. Agaknya 
Tok Guru Pondok Geting ni tak pernah ambil tahu hal ehwal dunia luar sebelum 
ini (sebelum wujud Pakatan Rakyat) tidak sepertti Tuan Guru Nik Abdul Aziz. 
Wallahua'lam.





________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Mon, March 22, 2010 9:27:27 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Taat Kepada Pemimpin

  
Taat
kepada pemimpin 
 
 
Apakah ciri-ciri pemimpin yang ditaati? Mungkin
persoalan ini yang sering berlegar di fikiran setiap umat Islam yang umumnya
berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. Maka pelbagai tafsiran
akan diberikan terutama daripada pemimpin parti politik. 
Persoalan ini juga akan digunakan sepenuhnya
untuk dijadikan propaganda bagi menarik perhatian rakyat menyokong mereka
dengan memberikan gambaran mengelirukan tanpa memikirkan kesan buruk yang
semakin menimpa umat Islam. 
Selepas 52 tahun negara merdeka, kesannya
amat jelas iaitu perpecahan di kalangan umat Islam sehingga hilang suara
majoriti dan terpaksa tunduk kepada tuntutan orang lain selepas pilihan
raya umum lalu. Ini semua disebabkan kita terlupa kepada al-Quran dan sunah
Rasulullah SAW, apabila meletakkan kepentingan dan cita-cita politik di
tempat yang lebih tinggi. 
Pendirian dan sikap Ahli Sunnah wal-Jamaah
yang sebenar menyatakan wajibnya taat kepada pemimpin, penguasa dan mereka
yang menguruskan urusan kaum Muslimin. Haram mengkhianati mereka terutamanya
dalam urusan zakat, jihad, memerangi kesesatan dan kekufuran. Wajib bersolat
di belakang mereka dan dibelakang orang-orang yang menjadi wakilnya di
masjid-masjid yang telah disediakan oleh penguasa Islam. Amat keji perbuatan
mereka yang menjadi pengacau, seperti menghasut rakyat untuk mengkhianati
pemerintah dalam hal-hal yang telah disebutkan di atas. 
Rasulullah bersabda, "Akan berlaku selepas
peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak
mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu
orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya:
Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah
kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu
dan merampas harta-bendamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). 
Hadis ini menunjukkan kepada kita pemimpin
negara ini perlu ditaati walau apa sekali pun malah sejak merdeka sehingga
hari ini, Islam dan ummah dapat berkembang dengan pesat dan wujud dasar-dasar
yang berteraskan Islam walaupun tidak sepenuhnya kerana kita harus memahami
negara ini bukannya milik umat Islam sahaja, sebahagian kecil daripadanya
adalah milik penganut agama lain.  
Justeru itu, apa yang dilakukan oleh pemerintah
sekarang amat jelas dan semua pihak perlu memahami hukum hudud dan takzir
tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan berada dalam keadaan 'darurat'
disebabkan perkongsian milik negara ini dengan orang lain.  
Saya berpendapat wujudnya perpecahan di kalangan
umat Islam adalah disebabkan kumpulan-kumpulan kecil yang cuba menonjolkan
diri bahawa merekalah yang lebih benar, lebih mulia dalam memperjuangkan
Islam yang suci sehingga memusuhi pemimpin seagama dan sanggup berkawan
dengan musuh-musuh Islam yang nyata dan jelas.  
Perkembangan mutakhir ini amat menyedihkan
dan membimbangkan. Umat Islam berpecah kerana kelompok-kelompok ini cuba
menegakkan sesuatu yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah sehingga
meninggalkan perpaduan sesama Islam. Saya sama sekali tidak dapat menerima
perpecahan ini dan saya menganjurkan perpaduan sesama saudara seagama kita.  
Selama ini orang pondok seperti saya berdiam
diri tetapi hari ini saya perlu bangun untuk menyatakan kebenaran ini kerana
umat Islam diancam dengan pelbagai masalah. Biarpun saya akan dikecam kerana
tidak selari dengan pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam,
pemimpin yang dilihat semakin suci dan tidak lagi boleh dipersoalkan.  
Perlembagaan negara telah memberikan kedudukan
istimewa kepada agama Islam dan ia harus dijaga dan tidak boleh membiarkan
sama sekali orang lain mengganggu gugatnya. Namun dengarlah kata-kata para
pemimpin parti politik tertentu untuk menjaga kepentingan pengaruh daripada
bukan Islam. 
Berpegang 
Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula
sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun
saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya
memperjuangkan Islam.  
Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh
Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, Mereka menyebarkan dakyah kononnya
UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan
100 peratus oleh British.  
Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar
kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan
ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata
saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati
beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam
agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah. 
Saya mengkaji semula perlembagaan negara dan
saya menemui bahawa kemerdekaan itu bukannya hak mutlak orang Melayu Islam
tetapi sebahagian kecil tanah air ini mungkin 20 peratus telah ditinggalkan
untuk penganut agama lain.  
Selepas itu, saya menyedari bahawa UMNO yang
memerintah melalui gagasan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan 'darurat'
yang mana sebahagiannya terpaksa dikongsi bersama dengan orang bukan Islam
maka tidak wajib bagi kerajaan untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir
sepenuhnya. 
Gagasan Malaysian Malaysia atau pun Malaysia
Sederhana yang menyamaratakan hak semua kaum dan agama tidak boleh diterima
sama sekali demi menjaga kesucian agama Islam dan hak-hak orang Melayu
sebagai kaum pribumi.  
Saya sedar apabila saya bercakap mengenai
perkara ini, penyokong-penyokong Pas dan pakatan pembangkang akan menuduh
saya sebagai 'ejen UMNO'. Saya tidak kisah demi agama, bangsa dan negara.
Mungkin saya akan menyertai UMNO dalam tempoh dua tiga tahun lagi tetapi
buat masa sekarang saya masih ahli Pas yang mahukan perpaduan di antara
umat Islam, UMNO dan Pas.  
Sekiranya UMNO meneruskan perjuangannya untuk
umat Melayu dan Islam seperti mana yang kita nikmati selama ini dan bertambah
baik pada setiap tahun, tidak mustahil untuk saya menyertai UMNO.  
Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di
Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak
ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah
termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana
yang dinikmati hari ini. Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik
Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara
masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah
sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti
biasa.  
Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada
saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu.
Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang
yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan
umat Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika
di bawah kerajaan boneka DAP.  
Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan
DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim
pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi
Perdana Menteri manakala Pas mengikut membabi buta, sehingga Nik Abdul
Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.  
Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud
dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan
politik negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca
sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk
tabloid parti pembangkang.  
Saya merujuk semua perkembangan ini dengan
kitab-kitab ulung Islam mengenai politik seperti tulisan Imam Nawawi, Sheikh
Ibnu Hajar dan Imam Hambali yang jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh
UMNO tidak bertentangan Islam.  
Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan
Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan
kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah
untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan
oleh kerajaan Pas Kelantan. Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama
Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan
tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat. 
Berbalik kepada persoalan pokok, perpaduan
sesama umat Islam amat penting. Biar apa pun perbezaan ideologi politik
marilah kita bersatu kembali dan lupakan persengketaan, kembali kepada
kepada perintah Allah SWT bahawa hendaklah kamu sentiasa memperbaiki 
saudara-saudara
kamu. Maknanya, kalau ada perselisihan, hendaklah kamu mendamaikan antara
kedua-duanya (surah Al-Hujurat ayat 10). 
Sebagai umat Islam kita perlu mentaati pemerintah
selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan menentang dan menyebakan keburukan
kerajaan akan memberikan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil
peluang untuk mengganggu gugat urusan negara sehingga menimbulkan pelbagai
ancaman. 
Oleh :  
Al-Fadhil Ustaz Abdullah Sa'amah,  
Ulama' & Pengasas Madrasah Al-Najmiah, 
Pondok Geting, 
Tumpat, Kelantan. 


 

 


      

Kirim email ke