Assalamualaikum wbt... Kepada yang berminat, hubungi sekretariat dengan segera!!!!
Marilah kita bersama-sama menyokong usaha untuk membendung gejala sosial yang semakin membarah. ----- Forwarded Message ---- From: Rosmawati Zainal <[email protected]> Sent: Tue, March 30, 2010 5:22:34 PM Subject: [NaqibNet-Operasi] JOM TAMBAH SAHAM DI MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH 2010 Sebar-sebarkan kepada sahabat-sahabat yang ingin membantu membangunkan ummah! Raudhatus Sakinah punya visi untuk mensifarkan gejala sosial menjelang tahun 2020. Dan, kami amat memerlukan bantuan kalian. Raudhatus Sakinah (RS) yang merupakan sebuah Pusat Perlindungan Remaja Puteri yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan sejak 1998 telah membimbing seramai 447 orang remaja.tersasar kembali menghayati Islam sebagai cara hidup. Sehingga kini, sebanyak empat buah pusat perlindungan remaja RS yang sedang beroperasi iaitu di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor. Kami sedang berusaha keras mendidik dan menyedarkan anak-anak remaja di seluruh pelusuk negara tentang bahaya dan akibat zina serta mengajak setiap ahli masyarakat untuk berperanan bersama memenuhi tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar.Anak- anak remaja ini adalah pewaris kita dan mereka bakal menjadi pemimpin negara. Bantulah kami untuk membangunkan mereka dan ummah seluruhnya. Untuk itu, kami sangat memerlukan bantuan dan sokongan kalian di........ MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH (MARS) 2010 OBJEKTIF MARS 2010: 1. Menjana danabagi pengurusan & pembangunan Raudhatus Sakinah seluruh Malaysia 2. Menjalinkan networking dengan pelbagai pihak 3. Menekankan keperluan amar ma'ruf nahi mungkar dipertingkatkan dalam masyarakat 4. Menyedarkan tanggungjawab serta menghargai peranan lelaki yang menjadi pelindung kepada maruah wanita TEMA: (Lelaki Pelindung Wanita) -diambil daripada Surah An-Nisa':34- TARIKH: 2 Mei 2010 MASA: 8.00 Malam - 11.00 Malam TEMPAT: Shah Alam Convention Center (SACC Convec) KEHADIRAN KHAS: YTM Tengku Besar Terengganu, Shariffah Nong Assegaff Penaung Raudhatus Sakinah (Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin) PENAMPILAN ISTIMEWA: * Kumpulan Demascus * Xifu & Algebra * Persembahan anak-anak remaja JUALAN MEJA: Platinum - RM5000/meja (10 kerusi) Gold - RM3000/meja( 10 kerusi) Silver - RM2000/meja( 10 kerusi) Bronze- RM1000/meja( 10 kerusi) Kami juga menerima tempahan gerai untuk sesiapa yang ingin turut serta menjual produk masing-masing di sana. Sebuah gerai (meja dan kerusi disediakan) berharga RM100.00 dan terbuka untuk 10 gerai sahaja. Untuk tempahan, sila hubungi: Sekretariat Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) 2010 03-41073379 atau 03-41089669 atau 03-41053159 Puan Rosmawati Zainal: 019-2386333 Puan Yusnani Abd Hamid: 013-3893379 Puan Siti Aini Jamil: 019-6553136 En Mohd Amirul Mohd Letfee: 019-3836859 En Abdullah Omar:013-2466190 atau emel kami di rsaki...@gmail. com Rosmawati Binti Zainal Pengarah MARS 2010 Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah -- http://ummiroses. blogspot. com http://www.raudhatu ssakinah. com http://abjzsanasini .blogspot. com
