Salam, Pada penghujung tahun lalu, kecoh disiarkan mengenai YB Nga Kong Meng dari DAP membaca dan menterjemahkan ayat-ayat suci Al-Quran dalam satu cermah politik. Semasa itu UMNO baru sahaja berjaya merampas Kerajaan Negeri Perak.
Maka heboh ke seluruh negara UMNO menjaja mengenai isu berkenaan termasuk dalam beberapa laman-laman web dan yahoo.group yang mempertikai dan mengecam akan tindakan YB Nga Kong Meng kerana membaca beberapa ayat suci Al-Quran dan menterjemahkannya. Ini termasuklah Shabibul Samaah Mufti Negeri Perak Datuk Harussani yang menyatakan tidak sewajarnya bagi orang-orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran kerana kesuciannya. Maka jawapan yang diberikan seperti di bawah ini kelihatan bercanggah dengan pendirian Mufti Negeri Perak yang terkenal itu.kelihatan amat bercanggah dengan kenyataan di awal jawapan yang diberikan di bawah "Quote . KEINGINAN kawan bukan Islam untuk membaca dan mempelajari al-Quran sangat baik". Unquote. Mengapa pula terdapat percanggahan mengenai jawapan sedemikian. Adakah Mufti Perak memberi kenyataan sedemikian atas dasar iktikad politik, manakala jawapan yang diberikan ke atas soalan yang dikemukakan seperti di bawah ini adalah menurut hukum yang sebenar atau pada hakikatnya sememangnya baik Apabila Mufti perak yang terkenal itu membuat kenyataan sedemikian, maka bertambah seronoklah puak-puak dan balaci-balaci UMNO berkokok, menghentam dan mencaci Nga Kong Meng dari DAP dan mendakwa pimpinan PAS bersekongkol memperlekehkan dan menggadai kesucian Agama Islam dan Al-Quran demi untuk tujuan politik. Di luar negara pula, Cat Steven sebelum memeluk Agama Islam dikatakan telah memahami akan isi kandungan Al-Quran terlebih dahulu dan kemudian setelah memahaminya barulah beliau memeluk Agama Islam dan beriman kepada Allah swt dan menurut ajaran Rasullulah saw. Demikian juga yang berlaku ke atas beberapa orang-orang yang terkenal di negara Barat telah memahami akan isi kandungan Al-Quran terlebih dahulu sebelum menerima hidayah dari Allah swt. Ini bermakna mereka telah membaca dan memahami akan ayat-ayat suci Al-Quran terlebih dahul sebelum memeluk Agama Islam. Berdasarkan kepada jawapan ke atas soalan yang dikemukakan dan kenyataan yang diberikan oleh Mufti Perak itu adalah bercanggah dan ini yang mengelirukan. Oleh itu mohon beri penjelasan yang sebenar akan hukum bagi orang bukan Islam membaca ayat suci Al-Quran, yang mana satu betul antara jawapan tersebut dengan kenyataan Mufti Perak. Sekian dan wassalam, para_jump101 --- On Wed, 3/24/10, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bukan Islam mahu belajar al-Quran To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Wednesday, March 24, 2010, 12:28 AM Soalan SAYA mempunyai seorang kawan yang bukan beragama Islam, tetapi dia mempunyai keinginan untuk belajar membaca al-Quran. Apakah hukum orang yang bukan beragama Islam memegang al-Quran? AKMAL Kelantan Jawapan KEINGINAN kawan bukan Islam untuk membaca dan mempelajari al-Quran sangat baik. Al-Quran adalah kitab mukjizat yang banyak memberi hidayah kepada manusia. Dengan itu hasrat beliau perlu disambut baik. Islam pula membenarkan bukan Islam membaca dan mempelajari al-Quran supaya dapat membuka hati kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Dalam pada itu anda boleh menerangkan kepada beliau kedudukan kitab suci al-Quran yang perlu dihormati dan dijaga. Ini jelas apabila Allah berfirman: “Bahawa sesungguhnya itulah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan). Yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci [al-mutahharun] .” (al-Quran, al-Waqi‘ah (56): 77-79) Berkenaan hukum bukan Islam memegang al-Quran terdapat perselisihan pendapat. Ada pendapat yang tidak membenarkan bagi menjaga kesucian al-Quran. Ini termasuk kepada wanita dalam haid, mereka yang berhadas besar, tidak berwuduk dan juga bukan Islam. (al-Quran, al-Tawbah (9):28). Ada pendapat yang membenarkannya. Ini termasuk kepada kanak-kanak yang belum baligh kerana masih tidak mukallaf. (Ibn Rushd, 2000: I: 72-73; 83-84). Sebab perselisihan adalah berpunca daripada kefahaman ayat surah al-Waqi‘ah di atas. Antaranya berkenaan maksud istilah al-Mutahharun, ia sama ada bermaksud umat manusia (Bani Adam) atau malaikat. Seterusnya perselisihan timbul sama ada ia suatu bentuk khabar (pernyataan) yang membawa kepada larangan atau semata-mata penyataan tanpa ada larangan. Dengan itu memegang al-Quran (mushaf) dalam keadaan biasa adalah diharuskan apabila dapat dijaga kesuciannya. Fikrah Dr Salam Get your new Email address! Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
