Kedatangan pengaruh Hindu-Buddha mula memasuki kawasan Nusantara hanya beberapa 
ratus tahun selepas itu. Mereka ini mula memperkenalkan kebudayaan, seni bina, 
bahasa, tulisan, perkataan, makanan, adat resam, agama, sistem kerajaan, 
pendidikan moral dan banyak lagi kepada masyarakat setempat. Mereka ini 
mendirikan kerajaan Melayu tempatan pertama sendiri yang dikenali sebagai 
Srivijaya atau Vijayanaggar yang bertahan selama 1400 tahun.
Terdapat pelbagai versi kisah-kisah mengenai kedatangan pengaruh Hindu-Buddha 
ke alam Nusantara dicatitkan. Ini termasuk di dalam penulisan Tun Sri Lanang – 
Sulalatus As-Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah, Kisah 
Raja-Raja Pasai dan sebagainya. Bagaimanapun, saya akan huraikan perkara ini 
kemudian.
Pada masa ini, Asia Tenggara atau Kepulauan Melayu telah terbahagi kepada dua 
bahagian. Bahagian yang pertama adalah dari kerajaan Srivijaya yang mana 
kemudiannya pada era moden ini telah membentuk Malaysia, Indonesia dan 
Singapura. Bahagian yang kedua pula adalah dari kerajaan-kerajaan kuno Burma, 
Siam dan Khmer yang kemudiannya membentuk negara-negara moden Indo-China 
seperti Thailand, Vietnam, Kemboja dan sebagainya.
Pengaruh serta kuasa-kuasa Hindu-Buddha ini kemudian memperluaskan penggunaan 
bahasa serta penulisan mereka di sini. Mereka juga menggelarkan Asia Tenggara 
dengan nama ‘Suvarnabhumi’ yang bermaksud ‘Tanah-Tanah Emas’.
 ()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang 
itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali 
seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang 
dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu 
ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... 
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti 
apa itu erti PERSAHABATAN...


      Open emails faster. Yahoo! recommends that you upgrade your browser to 
the new Internet Explorer 8 optimized for Yahoo! Get it here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Kirim email ke