Semakin ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah 
Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. 
Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Semenanjung Tanah Melayu termasuklah 
orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemy menamakan Tanah 
Melayu sebagai Aurea Chersonesus (Semenanjung Emas) sementara Tanah Jawa pula 
digelar sebagai Labadius satu perkataan yang diubah dari bahasa sanskrit lama. 
Gelaran asal di dalam Sanskrit ialah Yavadvipa.

Peta Asia yang dilukis oleh Ptolemy mengikut gambaran beliau. (Klik sini bagi 
gambar besar)
Pada ketika ini, kemahsyuran dan kemewahan yang terdapat di segenap pelusuk 
Asia Tenggara telah tersebar luas sejauh eropah. Kemewahan ini kebenyakkannya 
digambarkan sebagai ‘Kemewahan yang tidak disentuh’ oleh cerdik pandai dari 
barat pada zaman itu memandangkan tiada kerajaan-kerajaan besar di kawasan 
sekitar Asia Tenggara.
Maka sememangnyalah tidak hairan apabila Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy, 
seorang ilmuan dari Alexandria atau Macedonia amat berminat dengan hasil-hasil 
bumi di sekitar Asia Tenggara sehingga beliau melukiskan peta Asia mengikut 
kefahaman beliau. Beliau turut melakarkan peta dunia dalam pengajian beliau 
mengenai Geografi dunia.
Ini juga menunjukkan bahawa para ilmuan Eropah dan barat telah lama 
memerhatikan keadaan di sekitar Asia Tenggara atau Nusantara, tetapi atas 
beberapa sebab, mereka hanya berjaya sampai ke sini pada kurun ke-16. Tetapi 
disebalik fakta ini, ada beberapa pendapat mengatakan bahawa telah berlaku 
beberapa siri eksplorasi penjelajahan dari kalangan penduduk 
Iskandariah atau Alexandria yang mengikuti siri penaklukan Iskandar Zulkarnain 
atau Alexander The Great.
10,000 – 5,000 tahun dahulu- Neolitik
Masyarakat mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga 
sekarang sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat 
mula diterjemahkan.
Pada era ini jugalah dikatakan bahawa manusia mula memasuki Benua Eropah bagi 
meluaskan penempatan. Walaupun terdapat penemuan rangka manusia yang berusia 
lebih kurang 2 juta tahun di Eropah, tetapi belum ada bukti penempatan tetap 
atau sesebuah penempatan besar di sana sehinggalah pada era Neolitik.

Klik untuk gambar besar.
35,000 – 10,000 tahun dahulu – Mesolitik

Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu 
pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. 
Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain 
terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula 
mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata 
batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.
Ada teori berpendapat, pada era ini juga berlakunya dua pertembungan besar 
manusia dari 2 era atau zaman di dalam satu zaman. Teori itu mengatakan bahawa 
manusia dari zaman Mesolitik (dari Yunnan) telah berhijrah ke kawasan Tanah 
Melayu lalu bertemu dengan penduduk sini iaitu masyarakat Negrito yang masih 
lagi hidup dalam era Paleolitik.
Manusia dari dua era ini telah berkembang lagi apabila mereka bercampur sesama 
mereka dan mereka inilah yang kemudiannya digelar ‘Manusia Proto Asia’ yang 
kemudiannya menjadi ‘Polynesia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’. Mereka-mereka 
ini kemudiannya berkembang dan bertaburan di sekitar Kepulauan Hawaii, New 
Zealand, Papua New Gunea, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan beberapa 
negara sekitar Asia Tenggara lagi. Atas dasar-dasar tersebut juga, 
mereka-mereka ini dikatakan adalah ’saudara’ kepada orang-orang Melayu.
40,000 – 35,000 tahun dahulu – Paleolitik
Era Paleolitik adalah sebuah era yang hari ini kita menyebutnya sebagai era 
‘zaman batu’ atau ‘ice age’. Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang 
sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Masyarakat awal masih mendiami 
di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli. Sekarang, 
Orang Asli berserta dengan orang-orang Melayu dan masyarakat pribumi Sabah dan 
Sarawak dikenali sebagai masyarakat bumiputra. 65% populasi di Malaysia adalah 
dari kalangan mereka.
Pada waktu ini, mengikut kajian DNA yang dilakukan oleh Spencer Wells yang 
ditaja oleh National Geographic dengan tajuk ‘The Journey of Man: A Genetic 
Odyssey’, muka bumi keseluruhan adalah masih kosong dan belum dihuni manusia 
terutamanya di bahagian-bahagian Eropah serta utara muka bumi seperti Russia 
dan sebagainya.
Apabila berahkirnya zaman ais (ice age), ais mula cair dan membanjiri hampir 
separuh dari muka bumi terutamanya di bahagian utara. Manusia seperti yang kita 
ketahui iaitu keturunan dari Nabi Allah Adam Alaih Salam pada ketika itu banyak 
tinggal atau menghuni sekitar Tanah Arab dan Afrika.
Mereka-mereka ini kemudian berpindah secara nomad apabila ais mula cair. Ada di 
antara beberapa kumpulan yang menjalani perpindahan ini, memilih untuk tinggal 
di sekitar Arab, India dan ada yang berjalan terus sehingga China dan Mongolia. 
Kumpulan yang lain pula melintas melalui Tanah Arab, Iraq, India, Afghanistan 
dan beberapa negara sekitar sebelum sampai ke tanah semenanjung yang 
kemudiannya kita gelar, ‘Tanah Melayu’. Ada yang memilih untuk menetap terus di 
sekitar kawasan ini manakala kumpulan yang paling akhir sekali meneruskan 
perjalanan sehingga Australia dan New Zealand. Keturunan dari mereka ini 
kemudiannya digelar ‘native Australian’ pada hari ini.
 ()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang 
itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali 
seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang 
dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu 
ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... 
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti 
apa itu erti PERSAHABATAN...


      
__________________________________________________________________________________________
Surf faster. Internet Explorer 8 optmized for Yahoo! auto launches 2 of your 
favorite pages everytime you open your browser. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Kirim email ke