Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:
SUARA orang bertadarus Al-Qur’an berkumandang dengan nyaringnya dari 
menara-menara masjid segenap penjuru tiada henti-hentinya… dari lepas solat 
tarawih setelah solat Isyakhingga masuk waktu imsak bagi memulakan puasa pagi 
hari di Banda Aceh.
“Sudah 18 tahun aku jadi anggota DPR (Dewan Perwakilan Rakyat, kalau di 
Malaysia disebut parlimen) di suatukawasan di perdesaan.. Inilah kali pertama 
kami calun-calun anggota legislatif (caleg)DPR (yang akan bertanding pada 
PEMILU 2009) terpaksa menjalani test membaca Al-Qur’an yang diselenggarakan 
Komisi Independen Pemilihan (KIP) Provinsi Nanggroe AcehDarussalam (NAD).Kalau 
gagal, tak boleh jadi calun!” Sungut seorang anggota DPR kepada saya. Kami 
sama-sama menginap di hotel itu.
“Aceh memang lain dari negeri lain. Peraturan ini memang tak ada di negeri 
(provinsi) lain. Lihat saja namanya ‘Nanggroe Aceh’, masih dalam bahasa Aceh, 
ertinya ‘negara Aceh’ yakni statusnya lebih besar dari istilah ‘negeri’. Aceh 
masih degil mahu merdeka!” Sambungnya dengan tegas. “Bukankah baca Qur’an ini 
hal peribadi, tak boleh dipaksa-paksakan?”
Saya masih belum jawab apa-apa terhadap kata-katanya. Kalau nak jadi pemimpin 
di negara komunis, mestilah kena tahu fahaman komunis dan boleh membaca 
peraturan komunis. Takkanlah nak jadi pemimpin umat Islam tak tahu baca 
Al-Qru’an? Memang pun patut Aceh buat peraturan begitu. Saya berfikir-fikir.
Terlintas di fikiran lagi, kisah seorang Jenderal dan Kaisar Perancis kelahiran 
Ajaccio, Corsica pada tahun 1769. Namanya tercatat dalam urutan ke 34 dari 
senarai ‘100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah’ yang ditulis oleh Michael 
H.Hart. Beliau adalah Napoleon Bonaparte.Beliau mengagumi Al-Quran setelah 
membandingnya dengan kitab sucinya, Alkitab (Injil). Hasil dari kajian dan 
bacaannya, maka pada 02 Julai 1798 iaitu 23 tahun sebelum meninggal dunia tahun 
1821, Napoleon menyatakan keIslamannya, seperti dimuatkan oleh majalah ‘Genuine 
Islam’, edisi Oktober 1936 terbitan Singapura.
Antara kata-katanya…
"Surely, I have told you on different occations and I have intimated to you by 
various discourses that I am a Unitarian Musselman and I glorify the prophet 
Muhammad and that I love the Musselmans.” (Tentu, saya katakan kepada anda 
semua pada kesempatan yang berbeza, dan saya perlu perjelas lagi kepada anda 
disetiap ceramah, bahawa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan Nabi 
Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.)

Akhirnya beliau berkata :
"In the name of God the Merciful, the Compassionate. There is no god but God, 
He has no son and He reigns without a partner." (Dengan nama Allah yang Maha 
Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan Ia 
mengatur segala makhlukNya tanpa pendamping.)
Dalam buku, ‘Bonaparte et I'Islarn’ oleh Cherlifs, Paris, halaman 105, Napoleon 
Bonaparte berkata sebagai berikut..
"I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and 
educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the 
prinsiples of the Qur'an wich alone can lead men to happiness.”(Saya meramalkan 
bahawa tidak lama lagi akan dapat dipersatukan semua manusia yang berakal dan 
berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan 
prinsip--prinsip ajaran Islam, kerana hanyalah Qur'an itu satu-satunya 
kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan.”
Anda boleh lihat rujukan antaranya…
1. ‘Memoirs of Napoleon Bonaparte’ by Louis Antoine Fauvelet de Bourrienne 
edited by R.W. Phipps. Vol. 1 (New York: Charles Scribner's Sons, 1889) p. 
168-169.
http://chnm.gmu.edu/revolution/d/612/
2. 'Napoleon And Islam' by C. Cherfils. ISBN: 967-61-0898-7
http://www.shef.ac.uk/~ics/whatis/articles/napoleon.htm
3. 'Satanic Voices - Ancient and Modern' by David M. Pidcock, (1992 ISBN: 
1-81012-03-1), it states on page 61, that the then official French Newspaper, 
Le Moniteur, carried the accounts of his conversion to Islam, in 1798 C.E
Itulah hasil dari membaca. Mengapa orang Islam takut sangat hendak membaca dan 
berfikir terbuka serta mengkaji isi Al-Qur’an? Bulan Ramadzan adalah bulan 
sejarah turunnya Al-Qur’an, bulan memotivasi penganutnya supaya terus 
menyelongkar isi A-Qur’an sepanjang masa. Bukan memusabaqah lagunya sahaja 
tanpa mengupas isinya, bagaikan mengupas pisang, cuma memakan kulitnya sahaja 
tetapi membung isinya? Cerdikkah mereka?
Jauh lagi dari cara berfikir anggota DPR tadi. Menjadi wakil rakyat Aceh negera 
Serambi Mekah, yang majoriti Islam dan mengamalkan cara hidup Islam tetapi 
memencilkan Al-Qur’an atau ilmu Islam kepada ‘hal peribadi sahaja’.
Besoknya keluar berita di akhbar..’56 Caleg NAD Gagal Tes Baca 
Al-Quran’Thursday, 11 September 2008 23:39. Lebih dari 56 calon anggota 
legislatif (caleg) DPR Aceh tidak lulus baca Al-Quran. Sebelumnya sudah 872 
orang menjalani Komisi Independen Pemilihan (KIP) NAD.
Menurut Yarwin (Ketua kelompok kerja pencalonan KIP Provinsi NAD), para bakal 
caleg yang tidak lulus itu memang sama sekali tidak mampu membaca ayat-ayat 
suci Al-Quran, padahal penilaiannya sangat mudah, yakni hanya ketepatan membaca 
huruf dan baris, serta adab, yang masing-masing memiliki bobot (markah) nilai 
40, 40 dan 20.
"Sebenarnya, sebelum membaca saja, para peserta sudah mendapat nilai 20, 
tinggal mencari 30 lagi dari ketepatan membaca huruf dan baris untuk mencapai 
nilai minimal 50 untuk bisa lulus. Tetapi itu pun ada yang tidak bisa," ujarnya.
Begitulah contoh, betapa teruknya kepimpinan di negara umat Islam. Bagaimana 
nak memimpin umat berpandukan AlQur’an sedang pemimpinnya sendiri langsung tak 
tahu membaca Al-Qur’an??
 ()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang 
itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali 
seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang 
dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu 
ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... 
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti 
apa itu erti PERSAHABATAN...


      
__________________________________________________________________________________________
Surf faster. Internet Explorer 8 optmized for Yahoo! auto launches 2 of your 
favorite pages everytime you open your browser. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Kirim email ke