Tak ada masalah. Yang menjadi masalah apabila undang-undang dibuat menghadkan umur nikah ialah 16 tahun. Apabila kita buat peraturan atau undang-undang, sebarang perlakuan atau perbuatan yang tidak menepati keperluan atau syarat dalam peraturan tersebut, ia boleh dianggap sebagai melanggar peraturan atau ingkar perintah. Sedemikian boleh dikenakan tindakan. Ini masalah dengan peraturan walaupun ia boleh ditambah atau diubah dsb...Tapi tak ada peraturan pun susah juga. Ingat kata-kata hikmat M Nasir walaupun dia seorang penyanyi.
"Kehidupan ada peraturan Peraturan cipta kekalutan..." (tanya sama itu Hud Hud). ________________________________ From: "[email protected]" <[email protected]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Monday, March 29, 2010 10:47:04 Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] KAHWIN BAWAH UMUR: APA MASALAHNYA? Rasulullah saw menikahi Aishah ra pda usianya di antara 16 - 18 tahun. Bukan 6 tahun seperti yang dipercayai oleh ramai orang pada masa kini. ________________________________ From: "ra...@yahoo. com" <ra...@yahoo. com> To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com> Sent: Tue, March 23, 2010 8:10:47 AM Subject: Help Palestine [hidayahnet] KAHWIN BAWAH UMUR: APA MASALAHNYA? "..Imam Syaukani dalam kitabnya Nailul Authar (9/480) menyimpulkan dari hadis di atas, bahawa boleh (ja’iz) hukumnya seorang ayah menikahkan anak perempuannya yang belum baligh (yajuuzu lil abb an yuzawwija ibnatahu qabla al-buluugh). Ibn Hazm, menyebut pendapat Abu Muhammad, bahawa hujah yang digunakan untuk mengesahkan tindakan orang tua menikahkan anak perempuannya di bawah umur adalah tindakan Abu Bakar ra yang menikahkan Aisyah ra dengan Nabi SAW ketika Aisyah berusia enam tahun. Ini merupakan riwayat yang masyhur sehingga tidak perlu dikemukakan lagi isnadnya. Namun, Ibn Hazm juga mengutip pendapat Ibn Syubramah, yang menyatakan bahawa tidak boleh menikahkan anak di bawah umur sampai akil baligh, dan menegaskan bahawa pernikahan Nabi SAW dengan Aisyah ra itu merupakan kekhususan bagi Nabi, tidak untuk yang lain [Ibn Hazm, al-Muhalla fi Syarh al-Mujalla bi al-Hujaj wa al-Atsar, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah] . Pendapat ini sebenarnya telah digugurkan dengan sejumlah fakta pernikahan para sahabat dengan perempuan di bawah umur, seperti yang dilakukan oleh Umar bin al-Khatthab ketika menikahi Ummu Kaltsum, puteri Ali bin Abi Thalib dan Qudamah bin Math’ghun yang menikahi puteri Zubair [Ibn Qudamah, al-Mughni, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah] . Berdasarkan dalil-dalil di atas, jelaslah bahawa adalah mubah hukumnya seorang lelaki menikah dengan perempuan kecil yang masih belum haid. Hukum nikahnya sah dan tidak haram. Namun, perlu diingat bahawa syarak hanya menjadikan hukumnya sebatas mubah (boleh), tidak menjadikannya sebagai sesuatu anjuran atau keutamaan (sunnah/mandub) , apalagi suatu kewajipan (fardhu). Sah atau tidak nikah ini pula bergantung kepada beberapa syarat.." [baca selanjutnya di http://www.mykhilaf ah.com/sautun- nahdhah/2024- sn212-kahwin- bawah-umur- apa-masalahnya] Layari http://www.mykhilaf ah.com New Email names for you! Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail. Hurry before someone else does! http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/
