Betul tuan kata sejarah. Sebenarnya sejarah itu apa? Yang ditulis oleh manusia. Maka ia juga boleh jadi bahan yang dimanipulasi. Banyak sejarah dan cerita orang tempatan tidak sama. Contoh sejarah yang tertulis mengenai Mat Kilau dan yang sebenar berlaku. Tak samakan? Satu lagi ialah kenapa seorang Menteri Besar Selangor berhenti. Konon atas sebab kesihatan. itu yang sejarah sebut. Selepas kita semua dah mati, cucu kita baca sejarah yang tertulis itulah. Mereka yang tahu semua dah tidak ada. Saya cakap ni bukan Malaysia saja, Cina ke, Amerika ke, India ke, sama saja. Banyak fakta sejarah yang diputarbelitkan. Kebanyakannya melindungi atau menjaga nama baik pemimpin. Ada juga yang memburukkan yang baik (musuh kepada pemimpin) Perlu diingatkan bahawa Islam mempunyai banyak musuh. Memang kita taksub dengan hadith namun kita harus berhati-hati dengan apa yang dikatakan hadith. Banyak penipuan di dalam hadith. Simple guide, hadith mesti selari dengan Al Quran. Kalau tuan baca Sahih Bukhari tuan akan tergelak atau mungkin marah bagaimana hadith-hadith yang menceritakan kejelikan Rasulullah serta perkecilkan keluarga Rasulullah. Jangan tanya saya. Baca kesemua hadith yang terdapat dalam Sahih Bukhari.
Kalau seorang Nabi tidak dapat mengasuh seorang anak perempuan sehingga dia kena pergi ke hujung kampung jumpa seorang perempuan tua untuk mengajar atau dapat pengajaran, tak guna jadi anak Nabi atau Rasul. Bolehkah kita terima orang sebegini sebagai Nabi kita yang mengajar seluruh umat manusia? Anak seorang tidak mampu mengasuh inikan nak ajar seluruh umat manusia. Satu lagi, adaklah lojik Nabi Muhammad (s.a.w) kecing berdiri? Bacalah. Berhubung dengan umur A'esyah ketika bernikah dengan Nabi sudah pun dijelaskan bersandarkan kronologi peristiwa-peristiwa semasa Nabi di Makkah dan di Madinah. Kalau tuan minta tarikh lahir sebenar memang susah sebab budaya orang dahulu bukan macam sekarang. Contoh Nabi beranak tahun apa? Tahun Gajah berdasarkan peristiwa semasa iaitu Abrahah hendak menyerang Kota Makkah nak musnahkan Kaabah. Setelah mati semua orang-orang tua seangkatan itu maka orang lupa bila sebenarnya. Yang tinggal ialah tahun Gajah. Takwim Islam datang kemudian selepas Hijrah sebab itu ia dipanggil Tahun Hijriah. Kita pakai bulai Hijrah. Orang Kristian pakai tarikh kelahiran Isa. Maka umur Nabi Isa ialah 2010 tahun. Tahukah anda bahawa 25 Disember itu bukan tarikh lahir sebenar Nabi Isa? Tempat Nabi Isa, Zaman Nabi Isa tak ada snow pun. Bacalah semoga kita semua mendapat hiayah. Wassalam. ________________________________ From: "[email protected]" <[email protected]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Wednesday, April 7, 2010 2:59:42 Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] KAHWIN BAWAH UMUR: APA MASALAHNYA? Sejarah 1400 Hijrah dulu, ingin d rombak gara2 serangan barat terhadap Islam. Boleh beri bukti umur aisyah itu, plus tarikh lahir sebenarnya. Sent from my 3GS iPhone On Mar 29, 2010, at 10:47 AM, Azlim Khan wrote: >Rasulullah saw menikahi Aishah ra pda usianya di antara 16 - 18 tahun. >Bukan 6 tahun seperti yang dipercayai oleh ramai orang pada masa kini. > > > > ________________________________ From: "ra...@yahoo. com" <ra...@yahoo. com> >To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> >Sent: Tue, March 23, 2010 8:10:47 AM >Subject: Help Palestine [hidayahnet] KAHWIN BAWAH UMUR: APA MASALAHNYA? > > >"..Imam Syaukani dalam kitabnya Nailul Authar (9/480) menyimpulkan dari >hadis di atas, bahawa boleh (ja’iz) hukumnya seorang ayah menikahkan >anak perempuannya yang belum baligh (yajuuzu lil abb an yuzawwija >ibnatahu qabla al-buluugh). > >Ibn Hazm, menyebut pendapat Abu Muhammad, bahawa hujah yang digunakan >untuk mengesahkan tindakan orang tua menikahkan anak perempuannya di >bawah umur adalah tindakan Abu Bakar ra yang menikahkan Aisyah ra dengan Nabi >SAW ketika Aisyah berusia enam tahun. Ini merupakan riwayat yang >masyhur sehingga tidak perlu dikemukakan lagi isnadnya. Namun, Ibn Hazm >juga mengutip pendapat Ibn Syubramah, yang menyatakan bahawa tidak boleh >menikahkan anak di bawah umur sampai akil baligh, dan menegaskan bahawa >pernikahan Nabi SAW dengan Aisyah ra itu merupakan kekhususan bagi >Nabi, tidak untuk yang lain [Ibn Hazm, al-Muhalla fi Syarh al-Mujalla bi >al-Hujaj wa al-Atsar, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah] . Pendapat ini >sebenarnya telah digugurkan dengan sejumlah fakta pernikahan para >sahabat dengan perempuan di bawah umur, seperti yang dilakukan oleh Umar bin >al-Khatthab ketika menikahi Ummu Kaltsum, puteri Ali bin Abi Thalib dan >Qudamah bin Math’ghun yang menikahi puteri Zubair [Ibn Qudamah, >al-Mughni, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah] . > >Berdasarkan dalil-dalil di atas, jelaslah bahawa adalah mubah hukumnya >seorang lelaki menikah dengan perempuan kecil yang masih belum haid. >Hukum nikahnya sah dan tidak haram. Namun, perlu diingat bahawa syarak >hanya menjadikan hukumnya sebatas mubah (boleh), tidak menjadikannya >sebagai sesuatu anjuran atau keutamaan (sunnah/mandub) , apalagi suatu >kewajipan (fardhu). Sah atau tidak nikah ini pula bergantung kepada >beberapa syarat.." [baca selanjutnya di http://www.mykhilafah.com/sautun- >nahdhah/2024- sn212-kahwin- bawah-umur- apa-masalahnya] >Layari >http://www.mykhilaf ah.com > > >
