Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Penghulu istighfar
ialah apabila seseorang mengatakan,
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang
menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman
(kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku.
Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku
lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan
kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu
ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa
kecuali Engkau).

(Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu ia mati
pada hari itu sebelum datang petang hari maka ia termasuk dari ahli
syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan,
lalu ia meninggal dunia sebelum pagi hari maka ia termasuk dari ahli
syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 4/09/2010 08:12:00 AM

Kirim email ke