Kalau tak tahu guna kemudahan awam. Baik dirobohkan saja tempat riadah , pondok 
dan wakaf yang Pihak Berkuasa Tempatan buat. Lebih banyak buruk dari baiknya.

Laporan Sinar Harian di bawah menyatakan kemarahan orang Cina di N.Sembilan 
orang minum arak yang menyalahgunakan kemudahan awam.

Sebelum ini pun saya ada tulis perkara sama di 
http://waghih.blogspot.com/2008/10/taman-kanak-kanak-tempat-pesta-arak-di.html

Juga beberapa artikel lain mengenai barah arak di Malaysia :
Ramai remaja belasan tahun ketagih arak di N.Sembilan 
http://waghih.blogspot.com/2009/12/ramai-remaja-belasan-tahun-ketagih-arak.html
Arak pemusnah bangsa dan keluarga 1Malaysia 
http://waghih.blogspot.com/2009/12/arak-pemusnah-bangsa-dan-keluarga.html
SOKONGLAH Gerakan 1Malaysia Bebas Arak dan Judi di laman Blog 
http://pmbaj.blogspot.com
Kerajaan tak serius tangani remaja Melayu mabuk 
http://waghih.blogspot.com/2009/11/kerajaan-tak-serius-tangani-remaja.html
Saintis bukan Islam kata merotan ubat ketagihan arak, dadah 
http://waghih.blogspot.com/2009/08/saintis-bukan-islam-kata-merotan-ubat.html

*************************
Pondok riadah jadi syurga kaki botol
Sinar Harian 8 April 2010

TAMPIN – Pondok riadah didirikan bersebelahan sungai di jalan masuk utama Taman 
Clonlee, di sini, bagaikan syurga buat kaki botol.

Setiap hari, siang dan malam lokasi tersebut menjadi tempat melepaskan 
ketagihan kaki botol.

Pengerusi Keadilan Tampin Sentral, Jeffery Young berkata, beliau sudah beberapa 
kali menerima aduan penduduk taman berkenaan yang bimbang terhadap tahap 
keselamatan terutamanya anak gadis yang pulang bekerja di waktu senja.

Menurutnya, beliau sendiri sudah beberapa kali menyaksikan pergaduhan kecil di 
lokasi berkenaan membabitkan kaki botol yang mabuk dan bertindak liar sehingga 
menyebabkan membaling botol arak antara satu sama lain.

“Oleh itu, saya menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan 
segera memastikan lokasi riadah ini tidak menjadi sarang kaki botol melepaskan 
ketagihan.

“Malah, sekiranya tiada kaedah mampu membendung masalah ini, kita usulkan agar 
dirobohkan pondok riadah ini supaya tidak menjadi tumpuan kaki botol,” katanya 
kepada Sinar Harian ketika ditemui di sekitar lokasi tersebut.

Sementara itu, Jeffery berkata, perkara itu sudah berlanjutan sejak setahun 
lalu, namun beliau berasa kesal kerana lokasi itu semakin menjadi tumpuan kaki 
botol tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Menurutnya, beliau berasa malu melihat perkara itu berlaku di hadapan mata 
lebih-lebih lagi apabila kaki mabuk bertindak di luar dugaan.

“Kita cadangkan supaya isu ini dibawa ke PBT, namun kita memilih mendedahkannya 
terlebih dahulu melalui Sinar Harian kerana percaya isu ini turut berlaku di 
lokasi lain di daerah ini.

“Malah, kita harap isu seumpama ini dapat diselesaikan sebaik mungkin bagi 
memastikan tiada perkara buruk berlaku kepada masyarakat setempat terutamanya 
penghuni Taman Clonlee,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7537370.asp




Kirim email ke