PETIKAN : http://syurgadidunia.blogspot.com/
Patutlah Lelaki Menjadi Semakin Bodoh Dan Tidak
Bertanggungjawab.<http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/09/patutlah-lelaki-menjadi-semakin-bodoh.html>
 Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti
semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan
mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web
kementerian 
pendidika<http://www.mohe.gov.my/web_statistik/index.htm?navcode=NAV038?m=3&navcode=NAV038&subcode=SUB001&lang=ENG>n,
kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.

<http://1.bp.blogspot.com/_QlR4hl7D3d4/SqiphvAEnbI/AAAAAAAAB3s/HJ1n4DenZ0s/s1600-h/nisbah-lelaki-wanita-ipt.jpg>Itu
dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan
perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak
berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik.
Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat
persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes
merempit.

Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan
mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal
membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita
terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan
diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan
masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan
tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah
berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi
sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh
nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi
seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar
hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara
umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina
dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg memeranjatkan,
mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda (1),
pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki
(keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan.
Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka
keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara. Melihat
pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula
seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita
menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin
bodoh.

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula
mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg
mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak
untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future). Lelaki
akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih
besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik
dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg
berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya
anak2 menjadi manusia hebat.

Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia
berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2 jenis
taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada
masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan (pasaran saham dan
forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet. Begitu juga dengan
tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan anak2. Tidak mampu lagi
melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg berbuat kebaikan dan beramal soleh
dan meninggalkan yg keji dan haram. Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi,
bila tua nanti bertaubat la.

Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin
mementingkan kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian
lelaki hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan
main hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2
feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu. Terimakasih
juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan yg menggunakan
wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada kena mengena langsung
wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan
tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain.
Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Jelaslah perintah Allah bagi wanita2 untuk menutup aurat untuk kebaikan
manusia itu sendiri, begitu juga dengan pergaulan bebas antara lelaki dan
wanita. Sistem pendidikan kita diasaskan oleh British, dengan para2 menteri
yg rata2nya mendapat pendidikan barat, budaya untuk bercampur gaul bebas
lelaki dan wanita itu dianggap cara terbaik era moden, baik disekolah
mahupun ditempat kerja. Penyokong feminism pula sibuk memperjuangkan hak
berpakaian dan meminta lelaki menjaga nafsu (nafsu mereka untuk berpakaian
bebas tak perlu dijaga). Sudah terbukti secara saintifiknya yg perbuatan
mereka itu (tanpa sedar) memberi kesan terhadap kemampuan lelaki berfikir.

Perbuatan mereka mendedahkan aurat itu sebenarnya menindas atau menganiaya
insan2 lain yg bernama lelaki, menindas wanita2 lain dan juga anak2 mereka,
lepas itu merungut susah nak cari lelaki yg pandai, baik dan
bertanggungjawab. Sebab itu Allah jelaskan kerosakan dimuka bumi itu adalah
hasil tindakan manusia itu sendiri (Ar Rum 30:41). Jadi masaalah lelaki yg
semakin hari semakin merudum akalnya ini perbuatan siapa jika bukan
perbuatan kaum perempuan2 sendiri?

Tak perlulah saya kemukakan pelbagai ayat2 Al Quran untuk memberitahu kepada
wanita2 akan kewajipan menutup aurat, sudah berjuta2 kali di sebut baik oleh
ustaz/ustazah, buku2 agama hinggalah kemajalah2, malah ada lagi kertas
saintifik yg saya jumpai dan boleh kaitkan. Akan tetapi mengapa wanita2
(di"back-up" oleh lelaki) nampaknya buat tak endah sahaja akan bab menutup
aurat ini?

Jawapannya adalah kerana manusia didalam kehidupan dikawal oleh minda
separuh sedar, umpama memandu kereta, hanya perlu tumpukan perhatian pada
mula2 belajar memandu, selepas itu menjadi automatik. Begitu juga dgn nilai2
kehidupan, anak dibesarkan dengan TV dan filem yg merupakan alat hypnosis
terhebat. Minda anak yg masih kecil ini melihat dan menyimpan berjuta2
maklumat didlm minda separuh sedar mereka dan apabila dewasa, data ini akan
keluar apabila dia membuat pilihan. Tutup aurat atau dedah? Jika Hanna
Montana jadi idola atau kakak2 AF yg rata2 "amat sopan", maka itu yg menjadi
ikutan apabila dewasa kelak.

Saya sedang mendalami ilmu hypnosis, membaca buku2 mengenainya dan juga
menghadiri seminar hypnosis, apabila saya bandingkan dengan penggunaan TV,
ia mempunyai banyak persamaan. Masyarakat akan mengikuti fesyen2 semasa dari
TV kerana mereka dalam keadaan "trance" atau terpukau apabila duduk relaks
dan khusyuk menonton. Apa yg dipersembahkan itu juga yg akan masuk keminda
separuh sedar dan akan menjadi "pedoman" contohnya apabila wanita memilih
pakaian.

"WE CANNOT SOLVE OUR PROBLEM WITH THE SAME THINKING WE USED WHEN WE CREATED
THEM" *ALBERT EINSTEIN*

Masaalah masyarakat yg dialami sekarang ini tidak boleh diperbaiki dengan
menggunakan cara pemikiran yg sama. Kita tidak boleh menganggap apa yg
terjadi dipersekitaran dan masyarakat tiada kena mengena dengan diri kita.
Kita semua berkait melalui suatu ruang tenaga yg tidak kelihatan (quantum
entanglement), cara pemikiran kita mempengaruhi dunia. Masanya sudah tiba
untuk kembali kepangkal jalan, buangkan keegoan diri baik dari segi pangkat,
kuasa mahupun tahap pendidikan dan kembali kepada Al Quran dan hadis sebagai
landasan.

Jika kita hidup bersendirian, kita bebas melakukan apa sahaja, nak berbogel
pun tak mengapa, akan tetap apabila hidup bermasyarakat, ada batas2 yg perlu
di jaga untuk kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Siapa yg lebih
mengetahui batas2an tersebut jika bukan Allah yg mencipta seluruh alam
termasuklah manusia itu sendiri? Ini bukan sahaja dalam bab berpakaian,
begitu juga dengan pergaulan bebas, zina, pengurusan harta, "RIBA" dan lain2
lagi.

Harap feminism2 yg masih cuba menegakkan benang yg basah agar bermuhasabah
diri dan memikirkan sedalam2nya akan setiap perintah dan larangan Allah
tersebut, kecualilah jika frontal lobe sudah terlalu lemah dan tidak mampu
lagi berfikir dan mengaitkannya dengan kehidupan bermasyarakat, tidak mampu
melihat kesan masa depan akibat tindakan sekarang. Lebih mementingkan diri
sendiri dari kebajikan orang lain.

Akan tetapi adakah wanita sahaja yg patut dipersalahkan? Dalam hal ini
pemimpin sebenarnya (kebanyakannya LELAKI) yg akan dipertanggungjawabkan
oleh Allah nanti kerana membiarkan masyarakat rosak akibat tidak mengikut
apa yg diperintahkan. Pemimpin sekarang majoritinya memimpin untuk wang,
kuasa dan pangkat dan bukan kerana Allah.

*Soalan seterusnya, siapa yg memilih mereka?
*
Rujukan:
1. Johan C. Karremans, Thijs Verwijmeren, Tila M. Pronk, and Meyke Reitsma.
Interacting with women can impair men’s cognitive functioning. Journal of
Experimental Social Psychology, 45(4):1041–1044, July
2009.<http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleURL&_udi=B6WJB-4W99W49-1&_user=10&_rdoc=1&_fmt=&_orig=search&_sort=d&_docanchor=&view=c&_acct=C000050221&_version=1&_urlVersion=0&_userid=10&md5=16698184135f0394ea1575f2f6e4a886>

2. Margo Wilson, Martin Daly. Do pretty women inspire men to discount the
future? The Royal Society Biology Letters. May
2004<http://www.pubmedcentral.nih.gov/articlerender.fcgi?tool=pubmed&pubmedid=15252976>

Baca selanjutnya:
http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/09/patutlah-lelaki-menjadi-semakin-bodoh.html#ixzz0kcU1hhTj

-- 
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke