Apalah nasib para pekebun kecil dan para peneroka di Negeri Sembilan ini. 
Luahan masalah mereka bukan agenda utama perjuangan bangsa Melayu dewasa ini.

Pekebun kecil Melayu N.Sembilan teraniaya 
http://pasns.blogspot.com/2010/03/pekebun-kecil-melayu-nsembilan.html
Kos ukur tanah tidak masuk akal 
http://pasns.blogspot.com/2010/02/kos-ukur-tanah-tidak-masuk-akal.html
Orang Palong N.Sembilan dianaktirikan 
http://pasns.blogspot.com/2010/01/orang-palong-nsembilan-dianaktirikan.html
Kisah derita warga Felda di N.Sembilan 
http://pasns.blogspot.com/2010/03/kisah-derita-warga-felda-di-nsembilan.html
Felda Palong di Negeri Sembilan Daif 
http://pasns.blogspot.com/2009/12/felda-palong-di-negeri-sembilan-daif.html
Penduduk berang tiada bekalan air 
http://pasns.blogspot.com/2010/02/penduduk-berang-tiada-bekalan-air.html
Peneroka protes dakwa Felda tidak tunai janji 
http://amkns.blogspot.com/2009/10/peneroka-protes-dakwa-felda-tidak-tunai.html
Penyelewengan Jutaan Ringgit di Palong N.Sembilan 
http://pasns.blogspot.com/2010/01/penyelewengan-jutaan-ringgit-di-palong.html
Bonus Peneroka getah gigit jari 
http://amkns.blogspot.com/2008/12/bonus-peneroka-getah-gigit-jari.html
Masalah kelapa sawit tidak dituai belum selesai 
http://amkns.blogspot.com/2008/08/masalah-kelapa-sawit-tidak-dituai-belum.html
Buruh Bangla ceroboh tanah 
http://amkns.blogspot.com/2007/07/buruh-bangla-ceroboh-tanah.html

**************************
Bayaran dividen tidak munasabah
Sinar Harian 8 April 2010

KENDONG - Seorang peserta Tanaman Semula Komersial (TSK) di sini, mendakwa 
bayaran dividen sebanyak RM113.30 diterimanya hasil daripada projek di atas 
tanah miliknya sebagai tidak munasabah.

Mohd Yusof Ujud, 66, mendakwa bayaran dividen tersebut untuk tiga lot tanah 
bagi setiap tiga atau enam bulan pertama sejak dua tahun lalu amat tidak 
berbaloi sehingga menimbulkan persoalan.

Menurutnya, dia menyerahkan tanah kepada Pejabat Pihak Berkuasa Pekebun Kecil 
Getah (Risda) Kuala Pilah bagi dimajukan dengan tanaman kelapa sawit, namun 
sehingga tahun 2007, dia langsung tidak mendengar berita mengenai projek 
dijalankan.

Yusuf berkata, situasi itu menyebabkan dia mengambil tindakan memanjangkan 
masalah secara bertulis dan bertemu pihak berkenaan membincangkan kekalutan 
akibat bayaran dividen yang tidak menentu.

“Saya dimaklumkan tanaman kelapa sawit tidak membuahkan hasil menyebabkan 
bayaran dividen diterima tidak menentu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di 
rumahnya dekat Taman Seri Kendong, di sini.

Selain itu, dia turut mendakwa tidak menerima penyata kewangan dan perbelanjaan 
keluar masuk mengenai projek tersebut menyebabkan dia tidak tahu kedudukan 
sebenar perkembangan projek itu.

“Saya sudah beberapa kali bersemuka dengan pihak bertanggungjawab namun jawapan 
diterima amat menghampakan. Saya harap setiap urusan berkaitan projek dapat 
dinyatakan melalui surat hitam putih supaya setiap ahli mendapat maklumat 
tepat,” katanya.

Menurutnya, dengan keadaan diri tidak sihat, dia memohon pihak berwajib 
mengambil perhatian dan tindakan segera mengenai masalah ini supaya dapat 
diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Dalam pada itu, dia juga mengharapkan keprihatinan kerajaan terutama Jabatan 
Hal Ehwal Veteran Am menghargai jasa dan pengorbanan bekas tentera tidak 
berpencen.

Menurutnya, dia mula berkhidmat sebagai tentera darat pada tahun 1963 dan 
mengambil keputusan berhenti pada 1978.

“Selepas 15 tahun berkhidmat, saya nekad berhenti kerana gaji ketika itu 
terlalu rendah apatah lagi perlu menyara isteri dan tiga anak yang semakin 
membesar. Selepas berhenti saya hanya bekerja sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, apabila melihat rakan seperjuangan hidup dalam 
keadaan daif dan merempat kerana tidak mendapat pembelaan sewajarnya 
menyebabkan dia bimbang jika ramai lagi akan menerima nasib sama.

“Saya ada menerima Skim Bantuan Kebajikan di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran 
sebanyak RM100 sebagai bantuan sara hidup, namun jumlah itu masih belum 
mencukupi bagi menampung kehidupan,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang perkhidmatan dalam tentera, mereka terpaksa berdepan 
pelbagai risiko apatah lagi ketika itu zaman darurat dan konfrontasi 
menyebabkan mereka bergadai nyawa mempertahankan negara.

“Pengorbanan diberikan begitu besar sehingga terpaksa meninggalkan anak isteri 
demi tugas dan berbakti kepada negara. Disebabkan itu, saya berharap bekas 
tentera tidak berpencen mendapat pembelaan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7536966.asp




Kirim email ke