Assalamu'alaikum...
Dipetik dari: http://muzir.wordpress.com/2010/04/02/facebook-jangan-tak-jangan/
Jangan Tak… & Jangan… di Facebook
Posted on April 2, 2010 by shahmuzir
Saya tak ingat sudah berapa lama saya menggunakan Facebook. Walaupun pada
mulanya teragak-agak untuk membuka akaun di Facebook, namun disebabkan oleh
jemputan rakan-rakan dan dikatakan ramai pula boleh dijumpai rakan-rakan lama
di sana, maka saya pun membuka akaun Facebook.
Memang canggih sungguh Facebook ni. Jika dimanfaatkan betul-betul, memang agak
pasti boleh memberikan kebaikan buat diri sendiri dan rakan-rakan yang berada
di dalam rangkaian Facebook itu. Maksud saya dalam hal:
* ta’awwanu ‘ala al-birri wa at-taqwa (tolong menolong dalam hal
kebaikan & taqwa)
* amru bil-ma’ruf wa nahyu ‘anil-munkar (mengajak kepada kebaikan dan
mencegah dari kemungkaran).
* tawasau bil-haq wa tawasau bis-sobr (nasihat menasihat dengan
kebenaran dan kesabaran)
Platform sudah tersedia, tinggal mahu digunakan sahaja. Adakah bakal memberi
kebaikan atau sia-sia begitu sahaja. Sayang sekali jika platform tersebut
dibiarkan begitu sahaja tanpa digunakan untuk menambah amal kebaikan.
Berikut disenaraikan secara ringkas beberapa perkara yang digalakkan kita
melakukan dan juga perkara yang tidak wajar dilakukan:
Jangan tak:
* malu
* fikir sebelum berbuat sesuatu
* ingat bahawa perbuatan kita dicatit, dan akan dipertanggungjawabkan
setiapnya
* tegur-menegur
* nasihat-menasihat
* saran buat baik
* kongsi link/tips/cerita/berita yang baik
* ajak kepada ma’ruf, cegah kemungkaran
* awas dengan mudharat yg berpotensi diwujudkan oleh Facebook
* rekomen perkhidmatan & produk keluaran ummat Islam yang bagus
* set di privacy setting ikut keperluan anda supaya bukan semua
maklumat/gambar anda boleh dilihat/diceroboh
* dan banyak lagi…sila sambung
Jangan:
* kutuk-mengutuk
* fitnah-menfitnah / gossip
* gedik-menggedik
* ejek-mengejek
* upload foto yang menimbulkan fitnah, terutama foto wanita
* upload foto anda (sekiranya anda wanita), foto adik perempuan anda,
isteri anda, anak perempuan anda, rakan perempuan anda atau lain-lain
wanita bagi menjaga kehormatan, kemuliaan & maruah mereka.
* buka aib diri sendiri & orang lain
* terlalu berkongsi maklumat diri & keluarga
* bermain dengan kuiz yang boleh merosakkan aqidah dan tidak berfaedah
* bermain dengan permainan (games) yang hanya membuang masa
* bebas sangat
* berlebih-lebihan dalam bergurau
* berkhayal dengan foto2 rakan Facebook anda
* memuji diri sendiri, nanti orang menyampah
* taksub & lalai dengan Facebook
* terus percaya & sebarkan semua khabaran orang
* dan banyak lagi….sila sambung.
Sebenarnya nasihat di atas adalah nasihat umum yang patut insan ingat selalu.
Namun, disebabkan oleh insan ini selalu lupa (saya terutamanya), jadi sebab
itulah tulisan ini ditulis. Apatah lagi sekarang ini, Facebook sudah menjadi
kegilaan orang ramai. Dan didapati ada yang agak lalai dan terjatuh dari
landasan kemuliaan akhlaq. Mudah-mudahan tulisan ini bermanfaat.
Akhir sekali, mari kita renung semula perkataan dari Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam dalam hal ini. Semoga ia dapat mengingatkan kita tatkala kita
leka, asyik dan lupa.
“Kalau kamu sudah tidak punya malu lagi, lakukanlah apa yang kamu kehendaki.”
(HR. Bukhari)
>
>“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berbicara yang
>baik-baik atau diam.” (HR. Bukhari)
>
>"Tahukah kamu apa ghibah itu?" Para sahabat menjawab, “Allah dan rasulNya
>lebih mengetahui.” Beliau bersabda, “Menyebut-nyebut sesuatu tentang saudaramu
>hal-hal yang dia tidak sukai.”(HR. Muslim)
>
>“Seorang mukmin bukanlah pengumpat, pengutuk, berkata keji atau berkata
>busuk.” (HR. Bukhari dan Al Hakim)
>
>“Semua umatku diampuni kecuali yang berbuat (keji) terang-terangan yaitu yang
>melakukannya pada malam hari lalu ditutup-tutupi oleh Allah, tetapi esok
>paginya dia membeberkan sendiri dengan berkata, “Hai Fulan, tadi malam aku
>berbuat begini…begini.” Dia membuka tabir yang telah disekat oleh Allah Azza
>wajalla.” (Mutafaq’alaih)
Semoga ALLAH Azza wa Jalla memberkati kita semua, amin…
www.muzir.wordpress.com
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Takaful IKHLAS - Financial Advisor
h/p : 019-3826408
email: [email protected]
www.takafulonline.net