PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com  Doa memohon diberi kemudahan dalam
segala urusan dan
hajat<http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/doa-untuk-memohon-diberi-kemudahan.html>

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/doa-untuk-memohon-diberi-kemudahan.html>

<http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S72Jii9w-pI/AAAAAAAAD5Y/CmSFw4M6FM4/s1600/Doa34.jpg>
Assalamualaikum warahmatullah,

Ada yang bertanya, "ada sesiapa yg boleh bagi DOA UNTUK MEMULAKAN KERJA?"
Saya menganggap doa yang diminta itu satu doa yang patut dibaca ketika
hendak memulakan kerja. Alaaah... bacalah 'Bismillah...' yang bermaksud,
"Dengan nama Allah" iaitu kalimah yang paling mudah, semoga apa yang hendak
dikerjakan itu diberkati-Nya kerana kita berbuat sesuatu atas nama Allah.

Dalam setiap apa saja yang kita lakukan, eloklah kita mulakanlah dengan
bacaan 'Bismillah'. Perlu diingatkan, baca 'Bismillah' bila hendak melakukan
pekerjaan yang baik-baik saja. Jika kita hendak merompak atau
menyamunmencuri, tak payahlah baca 'Bismillah' sebab apa yang hendak
dibuat itu
memang tidak boleh kita lakukan...

Menurut satu sumber
[kelebihan-baca-bismillah<http://paksuu.com/2010/01/kelebihan-baca-bismillah/>],
Ustaz Dato' Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu
ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari
rezeki, bacalah oleh kamu akan 'Bismillahi Rahmanir Rahim sebanyak 201 kali
selepas Solat Subuh. Insya Allah. [NB : Saya tak dapat pastikan kesahihan
sumber ini, tiada nas/dalil yang menyokong bilangan sebutan 'Bismillah',
jika sesiapa ada maklumat, sila-sila kongsikan bersama]

Rasa-rasanyanya, semua orang Muslim maklum akan kalimah 'Bismillah' ini.
Lalu terfikir pula saya, mungkin si penanya maksudkan doa supaya
dipermudahkan kerja, ya, mungkin inilah maksud soalan. Saya suka kongsikan
di sini, satu doa memohon diberi kemudahan dalam apa saja urusan yang sering
saya baca bila hendak berurusan dengan orang dan hampir tidak pernah saya
lupa membacanya ketika hendak keluar shopping [NB : Bukan senang nak cari
parking lot, nak-nak pulak hujung/awal bulan time dapat gaji atau weekends].
Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah menghadapi masalah mencari
tempat letak kereta. Yang penting, kita mesti istiqamah dan tawakkal, insya
Allah, dipermudahkan.

Bacaan doa seperti berikut : "Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil
khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah
jangan disulitkan". Bacaan penuhnya ialah : "Allahumma yassir wala tu'assir.
Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin." Doa ini dititipkan
oleh pakcik saya, ex-Prof UTM, Tn Hj Md Noor.

Jika hendak versi yang lebih panjang, sila klik ke photo di atas,
cilokehsan dari
Darussyifa <http://www.darussyifa.org/>.

Mari kita sama-sama beramal!

Capaian entry berkaitan :

   1. Keberkatan Bismillaahir rahmaanir
rahiim<http://laman-seri.blogspot.com/2008/07/keberkatan-bismillaahir-rahmaanir.html>
   2. Bismillahillazi in
arabic<http://laman-seri.blogspot.com/2008/01/bismillahillazi-in-arabic.html>
   3. Mohon dicukupkan
keperluan<http://laman-seri.blogspot.com/2008/11/mohon-dicukupkan-keperluan.html>
   4. Doa memohon kesabaran dan mati dalam
iman<http://laman-seri.blogspot.com/2008/12/doa-memohon-kesabaran-dan-mati-dalam.html>
   5. Munjiyat (part of
Manzil)<http://laman-seri.blogspot.com/2010/01/munjiyat-part-of-manzil.html>

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke