Assalamu'alaikum...

Dipetik dari:  
http://muzir.wordpress.com/2010/04/10/usaha-lindungi-diri-dari-fitnah-dajjal/


Usaha Lindungi Diri Dari Fitnah Dajjal
Posted on April 10, 2010 by shahmuzir

Kehadiran Dajjal merupakan antara tanda besar bahawa hari kiamat semakin hampir 
berlaku.  Dajjal pasti akan keluar menjelang hari kiamat bagi memesongkan ummat 
manusia agar semakin sesat dari landasan yang sebenar.  Justeru, kita yang 
berada pada zaman akhir usia dunia ini sangat-sangat wajar berhati-hati agar 
tidak ditipu dan didustai dengan fitnah dan tipu daya si Dajjal itu.  Malah 
sekalian Nabi hingga Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu 
mengingatkan ummatnya agar berhati-hati dengan fitnah Dajjal.
 
Antara usaha yang dapat membantu kita agar terselamat dari fitnah Dajjal ialah:
        * Mempunyai ilmu aqidah yang mantap supaya dapat mengenal siapa ALLAH, 
kerana Dajjal pada kemunculannya akan mengaku dirinya sebagai tuhan.  Dan juga 
mempunyai ilmu dalam mengenal ciri-ciri Dajjal seperti yang disabda Rasulullah 
sallAllahu ‘alaihi wasallam.
        * Beramal ibadah dengan sebenar-benarnya menurut seperti yang disuruh 
ALLAH subhanahu wata’ala melalui teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah 
sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Ini adalah perkara asas dan umum yang mesti kita 
lakukan, agar iman menjadi mantap.
        * Berdo’a kepada ALLAH agar dilindungi dari fitnah Dajjal.  Aishah 
berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu berdo’a dengan 
do’a berikut selepas selesai tahiyyat akhir, sebelum memberi salam:

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada Mu dari siksa kubur. 
Dan saya berlindung kepada Mu dari fitnah Al-Masiih Dajjal. Dan saya berlindung 
kepada Mu dari fitnah ketika hidup dan fitnah setelah mati. Ya Allah, 
sesungguhnya saya berlindung kepada Mu dari dosa dan hutang."
        * Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahf.  Dan mengamalkan membaca 
surah al-Kahf pada hari Jumaat.
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti 
terlindung daripada dajjal”.  (HR Muslim 809)
“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya 
terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika 
keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”  (Al-Dhurr 
al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
        * Bersembunyi apabila mendengar khabar bahawa Dajjal sudah keluar.  
Atau tinggal di Mekah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2 kota 
suci tersebut.
“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi 
Allah ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas 
dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya.”  (HR 
Ahmad, Abu Daud dan Hakim)
 
“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah & 
Madinah”  (HR Bukhari)
Semoga ALLAH Azza wa Jalla memelihara kita dari fitnah Dajjal dan memasukkan 
kita bersama golongan hamba-hamba yang diredhoiNYA, amin…

 
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Takaful IKHLAS - Financial Advisor
h/p  :  019-3826408
email:  [email protected]

www.takafulonline.net 


      

Kirim email ke