*PETIKAN BLOG i FOLLOW : Dr Azhar Sarip di
http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/*
Dakwah 
Menghukum<http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2010/04/saya-amat-percaya-bahawa-biar-apapun_10.html>

<http://2.bp.blogspot.com/_8yD4FWiuJfM/S79agV4XIWI/AAAAAAAAASo/HJ8yiX8mEJw/s1600/images.jpg>
Saya amat percaya bahawa biar apapun latar belakang kita, biar dari mana pun
kita datang, biar apa pun bangsa kita, *masa depan kita adalah tanggungjawab
kita*. Kita sering mendengar rungutan tentang latar belakang keluarga yang
kurang baik yang membuatkan seseorang itu merasa tempiasnya namun sebagai
orang yang matang, walaupun datang dari latar belakang yang kurang baik,
seharusnya ianya akan menjadi pengalaman baik untuk mengubahkan keadaan diri
agar tidak lagi duduk dalam keadaan yang sama. Memang tidak dinafikan bahawa
keluarga bertanggungjawab memainkan peranan dalam kehidupan namun sebagai
empunya diri, *kita lebih bertanggungjawab dalam menjadikan siapa diri kita
pada masa akan datang*.

Saya menonton satu rancangan realiti televisyen barat di mana salah seorang
pesertanya menangis memberitahu penonton yang dia menyertai pertandingan
realiti tersebut demi untuk mengubah dirinya kerana tidak mahu duduk dalam
keadaan keluarganya yang mengambil dadah. Begitulah tanggungjawab yang
diperlukan pada setiap insan dalam menakhoda kehidupannya. Saya yakin
sebenarnya ramai di kalangan masyarakt kita yang faham tentang tanggungjawab
ini dan mahu berubah namun mengapa sukar sekali untuk berubah. Saya melihat
faktor dakwah yang difahami oleh kita di malaysia ini. Saya melihat dakwah
dari satu sudut berlainan yang mungkin boleh kita sama-sama renungkan.

Sewaktu saya kecil dahulu, saya agak keliru tentang maksud dakwah kerana
seseorang yang bertudung akan dipanggil orang dakwah dan lebih mengelirukan
apabila mereka juga dipanggil orang pakai dakwah. Justeru pada waktu itu
saya berfikir bahawa dakwah adalah nama lain bagi tudung.
[BG<http://laman-seri.blogspot.com/>: Ha.. ha.. ha...]
Tetapi apabila meningkat dewasa saya, saya mula memahami dakwah rupanya
membawa seruan perubahan dari satu titik ketidakfahaman kepada satu titik
jelas, dari satu kegelapan ke satu pencerahan dan lebih membuatkan saya
faham apabila ianya didefinisikan sebagai satu program lengkap, yang pada
setiap peringkat mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh
manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap
petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada manusia.

Maka saya berpandangan bahawa setiap dari kita adalah pendakwah dan apabila
disebut bahawa setiap dari kita adalah pendakwah kita mula memikirkan kepada
siapa harus kita berdakwah. Bagi mereka yang sudah sedia bergelar pendakwah
pula akan tahu bahawa sememangnya tugas mereka untuk berdakwah dan mereka
sudah ada kumpulan sasar. Maka pada pandangan saya di sinilah mulanya
berlaku kesilapan pandangan. Saya berpendapat yang dakwah atau program
pencerahan itu perlu dimulakan untuk diri sendiri. *Kita kadangkala lupa
untuk melakukan dakwah pada diri kita sendiri*. Kita kadangkala lupa untuk
menyeru diri kita ke arah kebaikan kerana kita kadangkala lebih sibuk untuk
menyeru orang lain ke arah kebaikan hingga terlepas pandang akan diri yang
ditumbuhi ego yang banyak.

Hari ini kita sering menzalimi diri kita sendiri. Kitalah sebenarnya yang
membentuk diri kita hari ini hasil sistem dakwah songsang yang kita lakukan.
Apakah yang saya maksudkan dengan dakwah songsang. Pertamanya saya yakin
bahawa konsep dakwah perlulah dimulakan dari diri sendiri. Jika kita tidak
mampu berdakwah atau menyeru Islam kepada diri kita sendiri maka kita gagal
jugalah nanti untuk menyerunya kepada masyarakat. Dakwah adalah kerja yang
melibatkan kasih sayang. Justeru, diri kita sendiri adalah lapangan latihan
terbaik untuk kita mulakan latihan dakwah.

Jika kita lihat hari ini, ramai orang menyeru ke arah kebaikan dengan hukum.
Mereka lebih gemar menghukum sesuatu perkara itu dari membawanya ke arah
pencerahan dengan kasih sayang. Kita mungkin lupa bahawa baginda saw itu
berdakwah dengan kasih sayang. Jika ada yang mengatakan bahawa baginda saw
berdakwah dengan mata pedang, saya rasa cukup jelas yang mereka ini kurang
menganalisi hakikat sejarah. Dengan kasih sayanglah baginda mulakan dakwah
Islamiyyah ini. Mengapa saya katakan yang kita berdakwah songsang tadi
adalah kerana kita sering menceritakan keburukan dan hukuman lebih dari
kebaikan dan ganjaran.

Kita sering berdakwah kepada diri kita sendiri dengan melontarkan pandangan
negatif terhadap Allah swt tanpa sedar. Dari mana datangnya pengalaman
sebegini, dari ibu dan bapa. Seandainya hari ini kita juga adalah ibu dan
bapa maka renungkanlah perkara ini. Cuba kita lihat berapa ramai anak-anak
kita yang apabila dewasa, mereka tidak hidup dengan cara yang betul atau
mencari jalan untuk ketenangan diri dengan cara yang salah. Jika soalan ini
dilontarkan kepada majoriti rakyat kita, jawapannya adalah pergaulan. Namun
saya berpandangan bahawa ianya adalah kesalahan teknik dakwah yang dibawa
oleh para ibubapa.

Pernah saya katakan bahawa, dalam dunia ini ada dua tenaga yang cukup kuat
untuk mengubah seseorang itu, takut dan cinta. Cinta adalah tenaga yang
perlu dibentuk secara perlahan dan jika terbentuk ketahanannya cukup lama,
manakala takut adalah tenaga yang dibentuk dengan kadar segera namun ianya
amat rapuh. Majoriti kita suka menggunakan tenaga takut dalam berdakwah, tak
kira berdakwah kepada diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat kerana
hasilnya agak pantas. Tetapi kita lupa bahawa ianya amat rapuh, setelah
hilang ketakutan timbullah kebinasaan.

Sejak dari kecil kita ditakutkan dengan hukuman. Mungkin kita pernah
mendengar orang tua kita berkata “jangan menipu, nanti Allah potong lidah”…
atau “jangan mencuri nanti Allah potong tangan”. Anak-anak akan mengelak
dari melakukan kesalahan kerana takut nanti lidah dipotong atau takut
mencuri kerana hilang pula nanti tangan. Bagi saya ini adalah satu fitnah
besar. Setiap hari kita membaca dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi
Maha Pengasih, tidak pula kita baca dengan nama Allah yang maha menghukum.
Ini kerana sifat Allah yang Maha Pengasih dan perlu kita ingat bahawa
rahmatNya sentiasa mendahului murkaNya.

Namun mengapa pula kita sering menyampaikan kemurkaannya lebih dahulu dari
sifatnya yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Apabila anak itu dewasa dia
mula melakukan apa yang dipanggil self sabotage kerana dia melihat lebih
banyak keburukan dari kebaikan. Perlu kita ingat tujuh tahun pertama
pembesaran adalah masa paling baik untuk memberi saranan atau pembentukan
jiwa yang baik. Jika dalam masa tersebut semua momokan negatif yang
dimasukkan dalam minda maka ianya akan membawa kehidupan anak itu dalam
negatif yang tidak nampak.

Maksud negatif yang tidak nampak adalah, mereka merasakan mereka positif
tetapi jauh di dalam diri, banyak sifat negatif yang terpatri. Jika dewasa
kelak mereka menjadi pendakwah kepada masyarakat, tanpa mereka sedar mereka
akan menggunakan kaedah yang sama sebagaimana kaedah takut melebih kasih
sayang yang diterapkan kepada mereka sedari kecil. Mereka mungkin lebih suka
bercerita tentang hukum dari kasih sayang. Jika bertemu orang yang tidak
melakukan solat contohnya, mereka lebih mudah menceritakan dosa dari
menceritakan kerugian kasih sayang.

Allah yang dilimpahkan dalam solat, mereka mungkin lebih mudah menceritakan
amaran dari menceritakan keindahan solat. Maka tidak hairanlah hari ini
masyarakat kita semakin lemah kerana teknik penyampaian ilmu sudah songsang.
teknik yang seharusnya dimulakan dengan kasih sayang telah dimulakan dengan
hukuman. Akibat banyak sekali terapan hukuman dari kasih sayang, hilanglah
seri timbullah benci. Marilah kita sama-sama menghayati teknik dakwah
junjungan besar baginda saw dalam berdakwah, dalam menyampaikan kebaikan
samada dengan perbuatan mahupun lisan.

Bagi saya, setiap apa yang dilakukan baginda saw perlu kita tekuni kerana
baginda saw menunjukkan applikasi pengetahuan al-quran untuk kita gunapakai
dalam hidup. Mulakan hari kita dengan menyeru ke arah kabaikan kepada diri
kita dengan kata-kata kasih sayang dan positif dan insya Allah rendahlah ego
kita nanti. Dengan kerendahan ego, dakwah kepada masyarakat akan mudah
terlaksana dan kebenaran islam jelas terpancar. Kurangkan hukum, banyakkan
kasih sayang kerana teknik kasih sayanglah islam kekal hingga ke hari ini.
 Posted by k.a.s.s  at 12:48
AM<http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2010/04/saya-amat-percaya-bahawa-biar-apapun_10.html>

Kirim email ke