*UJIAN IMAN*
* * *Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan * *dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan * *tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan * *kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa * *ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi * *undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya * *ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan * *atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.* * * *Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian * *dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana * *maksud firman Allah :* * * *"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, " sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3) * *-- ~~~Whatever mountains stands in your path, Whatever obstacle blocks your way, Whatever difficulty immobilized you, The prayer full of faith can remove it~~~. ~~~Thank you for being a part of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime.~~~ [email protected]~~~ [email protected]~~~ *
