Artikel saya sebelum ini :  Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

Masyarakat kita , terutama orang Melayu macam dah tak kisah masalah remaja, 
gejala sosial, dadah, seks bebas di sekeliling mereka.

Orang Melayu kita hanya pandai menuding jari. Itu kerja polis, itu kerja guru, 
itu kerja Jabatan Agama, itu kerja menteri , dan itu dan itu.

Sampai bila tak akan selesai bermacam-macam masalah sekarang ini.

Buatlah apa-apa kempen sekali pun, selagi kita mengambil sikap tunggu dan 
lihat, kita menuju kehancuran.

Setidak-tidaknya buatlah perkara berikut untuk mengurangkan pelbagai masalah 
sekarang :

1. MOTOSIKAL – Tolonglah jangan beri anak berlegar-legar dengan motosikal kalau 
tiada lesen atas alasan nak beli beras dan sebagainya. Motosikal inilah punca 
utama pelbagai masalah di kalangan anak-anak. Kalau semua ibu bapa dapat kawal 
penggunaaan motosikal, ianya separuh dari masalah melepak, pergi cyber cafe 
main game atau judi, pergi hidu gam, merempit dsbnya.

2. SUKARELAWAN – Libatkanlah diri kita dengan kerja sukarela samada di surau, 
masjid, kampung, taman perumahan atau NGO, Pemadam www.pemadam.org.my   , Bulan 
Sabit Merah dsbnya.

3. MASJID DAN SURAU – Makmurkan masjid dan surau di tempat kita dengan solat 
jemaah lima waktu. Apalah guna kita mengadakan bermacam-macam kempen, tapi 
perkara yang paling asas, iaitu sembahyang kita ambil mudah.

4. ROKOK – Pada mereka yang tidak dapat berhenti rokok, cuba jangan merokok di 
hadapan anak-anak , apatah lagi anak-anak kita sendiri. Kajian mendapati bahawa 
mereka yang terlibat dengan dadah bermula dari merokok. Tapi bukan semua orang 
yang merokok terlibat dengan dadah.

5. SPOT CHECK – Selalu buat spot check atau pemeriksaan mengejut terhadap 
anak-anak kita. Kalau hari sekolah, cuba balik rumah pukul 9 pagi, kalau suami 
isteri bekerja. Jangan terkejut ada anak-anak yang ponteng sekolah , balik 
rumah, membawa rakan-rakan ponteng sekolah mereka.

Di atas sebahagian peranan kita sebagai ibu bapa.

Peranan kerajaan, peranan agensi kerajaan , mana yang lemah kita tegur.

Tapi apa peranan kita ? Tunggu dan lihat ? Tak apa, Bukan anak kita ?




Kirim email ke