Salam, Saya bersetuju dengan penulis. Masalah anak melepak hingga tengah malam pada hari ini sebenarnya boleh dibendung itu pun kalau kita nak buat.... kalau tidak biarkan aje lah...dan lihatlah hasilnya generasi kita 10 tahun akan datang....x payah 20 tahun lama benor..Kita mesti ubah pepatah melayu..... "Jangan jaga tepi kain orang" ..... sekarang ni ...."Jaga Orang" . Orang masuk tempat kita kita kena perhati siapa?..nak cari apa?... berapa ramai?.. nak buat apa?.. jangan nanti dah kena samun...baru terkejut.....ohhh.. ye ke?.. sebab masalah tak nak tau...Semua perkara yang berlaku di Qariah kita, kita perlu tahu....contohnya, kalau jumpa budak2 keluar sampai lewat malam.... suruh mereka balik.... sama2 kita jaga kejiranan kita.... kalau anak2 dah tidur pun check balik betul ke dah tidur..atau pun dah x de dlm bilik... sebab perkara ini berlaku...
--- On Tue, 4/13/10, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ibu bapa sekarang tak kisah anak melepak To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Tuesday, April 13, 2010, 9:16 PM Artikel saya sebelum ini : Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah http://waghih. blogspot. com/2010/ 04/melayu- 1-rumah-1- penagih-dadah. html Masyarakat kita , terutama orang Melayu macam dah tak kisah masalah remaja, gejala sosial, dadah, seks bebas di sekeliling mereka. Orang Melayu kita hanya pandai menuding jari. Itu kerja polis, itu kerja guru, itu kerja Jabatan Agama, itu kerja menteri , dan itu dan itu. Sampai bila tak akan selesai bermacam-macam masalah sekarang ini. Buatlah apa-apa kempen sekali pun, selagi kita mengambil sikap tunggu dan lihat, kita menuju kehancuran. Setidak-tidaknya buatlah perkara berikut untuk mengurangkan pelbagai masalah sekarang : 1. MOTOSIKAL – Tolonglah jangan beri anak berlegar-legar dengan motosikal kalau tiada lesen atas alasan nak beli beras dan sebagainya. Motosikal inilah punca utama pelbagai masalah di kalangan anak-anak. Kalau semua ibu bapa dapat kawal penggunaaan motosikal, ianya separuh dari masalah melepak, pergi cyber cafe main game atau judi, pergi hidu gam, merempit dsbnya. 2. SUKARELAWAN – Libatkanlah diri kita dengan kerja sukarela samada di surau, masjid, kampung, taman perumahan atau NGO, Pemadam www.pemadam. org.my , Bulan Sabit Merah dsbnya. 3. MASJID DAN SURAU – Makmurkan masjid dan surau di tempat kita dengan solat jemaah lima waktu. Apalah guna kita mengadakan bermacam-macam kempen, tapi perkara yang paling asas, iaitu sembahyang kita ambil mudah. 4. ROKOK – Pada mereka yang tidak dapat berhenti rokok, cuba jangan merokok di hadapan anak-anak , apatah lagi anak-anak kita sendiri. Kajian mendapati bahawa mereka yang terlibat dengan dadah bermula dari merokok. Tapi bukan semua orang yang merokok terlibat dengan dadah. 5. SPOT CHECK – Selalu buat spot check atau pemeriksaan mengejut terhadap anak-anak kita. Kalau hari sekolah, cuba balik rumah pukul 9 pagi, kalau suami isteri bekerja. Jangan terkejut ada anak-anak yang ponteng sekolah , balik rumah, membawa rakan-rakan ponteng sekolah mereka. Di atas sebahagian peranan kita sebagai ibu bapa. Peranan kerajaan, peranan agensi kerajaan , mana yang lemah kita tegur. Tapi apa peranan kita ? Tunggu dan lihat ? Tak apa, Bukan anak kita ?
