SALAWAT KEPADA NABI 2
Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad
Ayat al-Mawaddah
Iaitu firmanNya dalam (Surah al-Syuura (42): 23) : "Katakanlah: Aku
tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam
kekeluargaan (al-qurba). Dan siapa yang mengerjakan kebaikan (al-Hasanah) akan
Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Mensyukuri."
Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan di dalam Manaqib, al-Tabrani,
al-Hakim dan Ibn Abi Hatim daripada 'Abbas sebagaimana telah diriwayatkan oleh
Ibn Hajr di dalam pentafsiran ayat 14 daripada ayat-ayat yang telah dinyatakan
di dalam fasal pertama daripada bab sebelas daripada al-Sawa'iqnya dia berkata:
Manakala turunnya ayat ini mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah kerabat
anda yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau SAW menjawab: 'Ali,
Fatimah dan dua anak lelaki mereka berdua.
Hadith ini juga telah dicatatkan oleh Ibn Mardawaih,1 diriwayatkan
daripada Ibn 'Abbas oleh Ibn Mundhir, al-Muqrizi, al-Baghawi, al-Tha'labi di
dalam tafsir-tafsir mereka. Al-Suyuti di dalam Durr al-Manthur, Abu Nu'aim di
dalam Hilyahnya, al-Hamawaini di dalam al-Fara'id, al-Wahidi di dalam Asbab
al-Nuzul dan Ibn Maghazili di dalam al-Manaqib, al-Zamakhsyari di dalam
al-Kasysyaf,2 Muhibbuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,3 Talhah
al-Syafi'i di dalam Matalib Su'ul,4 Abu Sa'id di dalam Tafsirnya,5 al-Nasafi di
dalam Tafsirnya,6 Abu Hayyan di dalam Tafsirnya,7 Ibn Sibagh al-Maliki di dalam
Fusul al-Muhimmah,8 al-Hafiz al-Haithami di dalam al-Majma',9 al-Kanji
al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib.10
Al-Bukhari di dalam Sahihnya,11 daripada Ibn Abbas RD bahawa dia
ditanya mengenai firmanNya: "kecuali kasih sayang kepada kekeluargaan." Dia
menjawab: Ianya adalah kerabat Rasulullah SAW. Al-Tabari di dalam Tafsirnya,12
daripada Sa'id bin Jubair tentang firmanNya, Surah
al-Syura'(42):23)"Katakanlah: Aku tidak meminta upahmu sesuatu upahpun ke atas
seruanku kecuali kasih sayang kepada kekeluargaan." Dia menjawab: Ianya adalah
kerabat Rasulullah SAW.
Ibn Hajr al-'Asqalani di dalam al-Kafi al-Syafi fi Takhrij Ahadith
al-Kasysyaf,13 berkata: al-Tabrani, Ibn Abi Hatim dan al-Hakim telah
meriwayatkannya di dalam Manaqib al-Syafi'i daripada Husayn Asyqar daripada
Qais bin al-Rabi' daripada A'masy daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn 'Abbas
ditanya: Wahai Rasulullah! Siapakah kerabat anda yang diwajibkan ke atas kami
mengasihi mereka? Beliau menjawab:'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.
Al-Tabrani di dalam al-Ausat dan al-Kabir telah meriwayatkan
daripada Abu Tufail sebuah khutbah Hasan AS:Kami daripada Ahlu l-Bait yang
telah difardhukan Allah untuk mengasihi mereka dan menjadikan mereka pemimpin.
Maka beliau berkata:Di antara apa yang telah diturunkan ke atas Muhammad SAW
ialah:Katakanlah:"Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun ke atas seruanku
kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Di dalam riwayat yang lain:Kami
adalah daripada Ahlu l-Bait yang telah fardhukan Allah ke atas setiap Muslim
mengasihi mereka. Maka turunlah ayat (Surah al-Syu'ara(24):23):"Aku tidak
meminta kepadamu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang dalam
kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya
kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mensyukuri."
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak14 dengan membuang sanad-sanadnya
daripada 'Umar bin 'Ali daripada bapanya daripada 'Ali bin Husain dia
berkata:Hasan bin Ali berpidato ketika pembunuhan 'Ali AS. Beliau memuji Tuhan
hingga akhirnya beliau berkata:"Kami adalah daripada Ahlu l-Bait yang
dihilangkan kekotoran mereka oleh Allah dan membersihkan mereka dengan
sebersih-bersihnya. Dan kamilah Ahlu l-Bait yang difardhukan Allah ke atas
setiap Muslim supaya mengasihi mereka. Maka beliau berkata: Allah berfirman
kepada NabiNya: Katakanlah 'Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun....."
Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib15 dengan membuang
beberapa sanad daripada Jabir bin 'Abdullah, berkata: Seorang badwi datang
kepada Nabi SAWAW dengan berkata: Wahai Muhammad bentangkan ke atasku Islam.
Maka dia berkata: Kami naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Dia yang Tunggal
tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya.
Dia bertanya: Adakah anda meminta upah dariku ke atasnya? Beliau menjawab:
Tidak! Melainkan mengasihi kerabatku. Dia bertanya: Kerabatku atau kerabat
anda? Beliau menjawab: Kerabatku. Dia menjawab: Sekarang aku membai'ah anda,
dan bagi orang yang tidak mencintai anda dan mencintai kerabat anda, maka
laknat Allah ke atas mereka. Maka Nabi SAW bersabda: Amin.....
Nota Kaki
1. al-Nabhan al-Arba'in, hlm 90
2. al-Kasysyaf, II, hlm 339
3. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm 25
4. Matalib Su'ul, hlm 8
5. Hamisyh Mafatih al-Ghaib, VI, hlm 665
6. Tafsir al-Nasafi, hlm 99
7. Tafsir Abu Hayyan, VII, hlm 156
8. Fusul al-Muhimmah, hlm 12
9. Majma' al-Zaua'id, IX, hlm 168
10. Kifayah al-Talib, hlm 31
11. Sahih, VI, hlm 129
12. Jami' al-Bayan, XXV, hlm 14 15
13. al-Kafi al-Syafi, hlm 145
14. al-Mustadrak, III, hlm 172
15. Kifayah al-Talib, hlm 31