*Layakkah Pimpinan Umno/Barisan Nasional Berbicara Soal Akhlak?*

Posted on Thursday, April 22 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
SongkokPutih<http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4224&mode=&order=0&thold=0>
[image: Kenyataan
Media]<http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&new_topic=8>
Oleh
*HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI*

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) hari menyelar sikap serta ucapan yang
ditunjukkan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam berkempen
untuk memenangkan calon BN bagi Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor iaitu P
Kamalanathan yang juga merupakan Ketua Penerangan MIC Pusat.

Ketika berceramah di hadapan 50 penyokong BN di Sg.Tengi, Hulu Selangor
malam kelmarin, Ketua Menteri Melaka, Dato' Ali Rustam secara sinis
menyindir calon PKR, Dato' Zaid Ibrahim tentang perbuatan meminum arak.
Beliau juga memperlekehkan Dato' Zaid berkaitan hal pergi menunaikan haji.

Hadir sama pada malam itu ialah Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato' Tajuddin
Abdul Rahman, Menteri Besar N.Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan dan juga
Pengerusi Felcra Dato' Ramli Bohani.

Perlakuan dan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa UMNO/BN sendiri lupa
akan masalah akhlak yang terpalit dikalangan mereka. Umumnya tahu bahawa
Dato' Ali Rustam didapati bersalah oleh UMNO sendiri atas perbuatan rasuah
ketika pemilihan Timbalan Presiden UMNO 2009. Begitu juga dengan Menteri
Besar N.Sembilan, Dato' Muhamad Hassan yang sehingga ke hari ini kes
pemindahan wang berjumlah RM10juta melalui pengurup wang pada 2008 ke London
masih belum selesai. Begitu juga dengan kes VCD seks Dato' Chua Soi Lek yang
kini diangkat menjadi Presiden MCA. Apakah mereka ini bermoral? Ini belum
lagi dengan kes-kes yang melibatkan pemimpin UMNO/BN dengan arak, salah guna
kuasa, zina, judi, ditangkap khalwat dan bersekedudukan.

DPPP dengan ini menyarankan supaya pemimpin UMNO/BN melihat kepada akhlak
mereka sendiri terlebih dahulu sebelum mempertikaikan tentang akhlak orang
lain. Tunaikan janji yang ditabur kepada rakyat dalam Pilihanraya Umum yang
Ke-12 yang lalu daripada membuang masa kepada menyerang peribadi seseorang.


Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI

*





Selain UMNO adalah paria?*
Posted on Wednesday, April 21 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
CyberSniper<http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4203&mode=&order=0&thold=0>
[image: Analisis
Isu]<http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&new_topic=6>
Oleh
*Ust. Saiful Bahri*

Munasabahlah Allah SWT memerintahkan kita mengulang-ulang 17 kali sehari
semalam membaca surah al-fatihah dalam solat kita. Supaya ketika tidak
terjebak dengan perangai dan tingkah-laku Yahudi dan Nasara. Agar tidak
terjebak kedalam lubang biawak mereka.

Orang Yahudi menganggap bangsa mereka adalah bangsa terpilih. Mereka
merupakan anak dan keturuanan terpilih. Mereka adalah kekasih-kekasih Allah.
Selain mereka adalah Goyem (lembu) semata. Kejahatan dan kezaliman adalah
haram jika dilakukan terhadap sesame mereka tetapi halal jika dilakukan
selain mereka. Lihatlah umat Islam Palestine, mereka boleh melakukan apa
sahaja kerana bagi mereka ianya bukan dosa. Ianya dosa atau jenayah jika
orang lain melakukan keatas mereka.

Amalan inilah kini dipraktikkan oleh UMNO-BN. Ianya adalah amanah jika
segala peruntukan, projek, subsidi dibahagikan dikalangan mereka dan kroni
mereka. Apabila mereka adalah pembangkang, mereka dinafikan hak ketika
pengagihan. Itu tidak zalim. Tiada istilah diskriminasi buat mereka. Tetapi
ketika mengutip cukai semua orang dikenakan tanpa pengecualian. Itu adalah
keadilan.

<http://4.bp.blogspot.com/_4EYO4LLWUIM/S83GlJworgI/AAAAAAAAASc/ESebbddwAro/s1600/gobala.jpg>Begitu
jugalah tentang rasuah. Jika sekiranya sipelaku itu UMNO, apatah lagi
pemimpin maka itu bukanlah dosa. Ia hanyalah politik wang meskipun ia
melibatkan berjuta-juta. SPR membisu seribu bahasa. Selain UMNO-BN nescaya
ia adalah rasuah meskipun hanya beratus ringgit. Berlari-lari anak-ayam SPR
menghambat dan membuka fail siasatan. Kalau orang lain dinakan tindakan Sex
harassment tetapi kerana ia bernama UMNO ia dilantik menjadi Duta. Lim Guan
Eng pernah dipenjara kerana membela anak gadis melayu yang diperkosa tetapi
sipelaku dibebaskan sahaja. Tidak lain kerana beliau adalah UMNO. Kalau
perbuatan dikatakan menghina Sultan, jika selain UMNO-BN nescaya mereka akan
dibicarakan, disaman, dipenjara, diISA bahkan dipenjara serta dibunuh dengan
alasan dibawah akta menentang Yang Dipertuan Agong tetapi jika ia seorang
UMNO-BN nescaya dibebaskan tanpa bicara maupun diambil tindakan meskipun
Yang Dipetuan Agong dicaci, dimaki dengan mengelarnya ‘menatang’ sekalipun.

Undang-undang pun hanya terpakai kepada rakyat marhaen. Bagi ahli UMNO dan
pimpinan mereka, mereka mengatasi undang-undang. Ia sama seperti
undang-undang sarang
labah-<http://1.bp.blogspot.com/_4EYO4LLWUIM/S83Glp3T_-I/AAAAAAAAASk/kBIScdbDNEM/s1600/cium.gif>labah.
Ia hanya berkesan terhadap nyamuk dan binatang kecil tetapi jika burung dan
kelalawar yang merempuh, habis carik sarangnya dan labah-labah entah lari
kemana. “Correct.. correct… Correct.. correct”. UMNO kini menjadi parti
berkasta Barhmin. Selain mereka bab umpama paria sahaja. Dr Mahathir sendiri
pernah mengalaminya. Ketika dia UMNO dan menjadi pemimpin teratas, semua
kata dan arahannya adalah emas. Ia dipuja dan tangannya dicium. Apabila ia
keluar dari UMNO ia di cerca dan dihina. Mungkin tidak tahan menjadi kasta
bawahan, Mahadhir terpakas kembali ke kasta Brahmin semula.

Dosa Zaid hanya kerana ia sudah keluar dari UMNO dan menjadi Pakatan Rakyat,
maka semua itu adalah noda dan dosa. Menjadi haprak dan paria. Jika
sekiranya ia masih lagi seorang UMNO-BN nescaya ia masih lagi seorang mulia,
sebagai anak melayu contoh.

Kalau beginilah senario yang berlaku, nescaya apa bezanya dengan sikap yang
ditunjukkkan oleh orang Yahudi terhadap Abdullah bin Salam yang memeluk
agama Islam. Terus bertukar sikap dan pandangan mereka yang selama ini
dipuji-puji tetapi bertukar serta-merta menjadi celaan dan makian.

Hadis Bukhari itu menyebut tentang satu hadis yang diriwayatkan daripada
Anas r.a bahawa beliau berkata: adaalah Abdullah bin Salam telah menemui
Rasulullah Saw dan bertanyakan beberapa soalan. Apabila Baginda menjawab,
Abdullah mengakui kebenaran dan memeluk agama Islam sebagaimana Hadis:-


*قَالَ أَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ
إِنَّ الْيَهُودَ قَوْمٌ بُهُتٌ إِنْ عَلِمُوا بِإِسْلَامِي قَبْلَ أَنْ
تَسْأَلَهُمْ بَهَتُونِي عِنْدَكَ فَجَاءَتْ الْيَهُودُ وَدَخَلَ عَبْدُ
اللَّهِ الْبَيْتَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَيُّ رَجُلٍ فِيكُمْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَلَامٍ قَالُوا أَعْلَمُنَا وَابْنُ
أَعْلَمِنَا وَأَخْبَرُنَا وَابْنُ أَخْيَرِنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفَرَأَيْتُمْ إِنْ أَسْلَمَ عَبْدُ اللَّهِ
قَالُوا أَعَاذَهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ فَخَرَجَ عَبْدُ اللَّهِ إِلَيْهِمْ
فَقَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا
رَسُولُ اللَّهِ فَقَالُوا شَرُّنَا وَابْنُ شَرِّنَا وَوَقَعُوا فِيهِ*

*Berkata Abdullah: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya engkau adalah Rasul
Allah kemudian beliau berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya Yahudi merupakan
satu kaum yang menuduh fitnah bohong jika mereka mengetahui tentang
keislamanku. Sebelum Engkau bertanya kepada mereka, maka pasti membohongku
disisimu. Seketika datang orang Yahudi dan Abdullah bin Salam masuk kedalam
rumah. Maka sabda Rasullah Saw: Siapakah lelaki Abdullah bin Salam
dikalangan kamu? Para Yahudi menjawab: Orang yang paling alim dikalangan
kami dari keturunan yang berilmu dan paling pakar tentang agama kami. Sabda
Rasulullah Saw: Apa pandangan kamu jika Abdullah bin Salam memeluk agama
Islam. Mereka berkata: Aku minta berlindung daripada Allah dari berlakunya.
Kemudian Abdullah bin Salam keluar kepada mereka dan berkata: Aku menaik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi
Muhammad itu pesuruh Allah. Mereka berkata: Orang yang paling jahat
dikalangan kami dan berketurunan jahat dan mereka mencelanya.
*
Ingatkan perangai Yahudi yang dinukilkan oleh Rasulullah Saw ini hanya
berlaku dalam lipatan sejarah. Tetapi mukjizat baginda ia mendedahkan bahawa
peristiwa ini berterusan sehingga ke hari kiamat, apatah lagi kini APCOlah
yang mendidik dan mentarbiyyah mereka apa yang perlu dibuat dan apa yang
tidak layak dilakukan.




Link Soal-jawab Agama Secara Online.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=10&postdays=0&postorder=asc&start=540

Kirim email ke