Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari 
jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku 
sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu 
kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam 
garaj kereta rumahnya.

Cerita 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke 
seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A 
pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun 
menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. 
Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,”Ala… releks le, aku ni kan anjing 
laut.”

Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya 
bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna 
merah.”Atok buat apa tu?” “Atok bagi surat kat kawan atok, cu!”jawap atoknya. 
Cucunya bertanya lagi,”Apa ******* sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”


Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang 
dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan 
makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut 
di panggil penipu, si penjual pun berkata,”Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia 
takut terus jadi pucat dan putih.”

Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan 
telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang 
kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh 
pihak polis,”Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan 
siasatan kami.”

“Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk 
sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu….”

Cerita 6
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang 2 dan 
kemudian butang 4, manakala saya lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. 
lift pun naik la dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian 
lift berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift 
pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, “akak(sbb nampak cam tua dr 
saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik..”
“ooo.. saya nak ke tingkat 24″, jawabnya selamba..”tp td akak tekan butang 2 
dan 4″ tanya saya lagi tak puas ati.. “astaga!!! nilah akibatnya kalau terlalu 
lama bekerja dgn kalkulator”sambil menggaru kepala…

Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang 
kehebatan komputer yang baru dimilikinya. “Bayangkan ! komputer saya ini setiap 
hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya”. “Lho … kenapa kamu 
tidak membeli dua komputer” sahut temannya..

Cerita 8
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam.. dalam 
report kad semuanya merah2 belaka.. jd,bapanya membanding2kan anaknya dengan 
anak jirannya yang cerdik dan pandai...
bapa : “kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia 
tak de pun merah2. dia anak yg cerdik.. tak macam kamu, malas betull..”
kerana kesal dibanding2 si anak menjawab: “yelaaaa bapa... anak jiran sebelah 
kan bapanya cerdik…..” bapa : ??

Cerita 9
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan
segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai,
mereka masing2 keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.
pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus
menuju ke arah mereka dan seraya berkata, “Maaf en, anda tidak
dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!”.. maka dua org
sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula
menukar sandwich memasing...

####

ps:

Anda perlukan...
1) Bantuan untuk projek semester akhir?
2) Naik taraf sistem lama?
3) Baikpulih sistem sedia ada?
4) Membangun sistem baru?

Kami sedia membantu, lihat profile kami: 
http://www.21stcenturymuslim.com/RaffiqEddyFreelancer.pdf




Kirim email ke