PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
KTM perkenal koc khas untuk
wanita<http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/ktm-perkenal-koc-khas-untuk-wanita.html>

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/ktm-perkenal-koc-khas-untuk-wanita.html>

<http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S9e8bfIHg_I/AAAAAAAAEMo/SyvSEf12P9w/s1600/EMU35.jpg>EMU
35 ~ gambar hiasan
(sumber)<http://www.wikiwak.com/image/Class+83+KTM+Komuter+train,+Kuala+Lumpur.jpg>


Assalamualaikum warahmatullah,

Pagi tadi, melangkah keluar dari komuter di Setia Jaya, saya baru terperasan
banner
PiNK color, ‘Wanita Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’. Wahh...
Baguslah, sekarang sudah ada koc khas untuk wanita SAHAJA... muah muah
muah...

Bagi saya, secara peribadi, sebagai pengguna komuter, koc wanita amat perlu
bagi menjamin keselesaan, keselamatan dari segi islamik dan yang
palingtidak kurang pentingnya, TiADA lagi ancaman bau busyuk terutama
bila waktu
puncak semasa pulang dari kerja!!! Hik.. hik...

Alhamdulillah... Jazakallahu khairan... Jutaan terima kasih diucapkan kepada
AP18 (Kulim Baharu) Tn Zulkifli Noordin
<http://zul4kulim.blogspot.com/>atas cadangan beliau mewujudkan
kemudahan sebegini untuk kaum wanita. Rujuk
koc-wanita <http://zul4kulim.blogspot.com/2010/04/koc-wanita.html>. Syabas
juga untuk KTMB kerana perihatin dan bertimbang-rasa kepada pengguna wanita
yang menjadi penyumbang utama kutipan bayaran tiket KTMB!

Berikut info yang dipetik dari BHarianOnLine Selasa 27/04/2010 :

Koc Komuter khusus untuk wanita bermula
esok<http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KocKomuterkhususuntukwanitabermulaesok/Article/>

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan
menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan
Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok.

Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti
menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu
komuter. Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui
kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna
merah jambu.

"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka
boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan
KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri
daripada golongan wanita. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12
tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga
dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di
hadapan dan belakang adalah koc biasa yang boleh digunakan bersama antara
penumpang lelaki dan wanita.
Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi
keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko
gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. -
Bernama

Lagi info yang dipetik dari BHarianOnLine Selasa 28/04/2010 :

KTM perkenal koc khas untuk
wanita<http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KTMperkenalkockhasuntukwanita/Article/>

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter memperkenalkan koc khas
untuk wanita mulai hari ini (28/04/2010) bertujuan memberi lebih
keselesaandan menjamin
keselamatan penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak
dengan penumpang lelaki.

Gerabak berkenaan yang beroperasi sepanjang hari bagi laluan
Sentul-Pelabuhan Klang berada di bahagian tengah komuter menggunakan
tema ‘Wanita
Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ dan dibezakan dengan pelekat
khas berwarna merah jambu.

“Pelanggan akan dapat mengenali gerabak ini melalui pelekat khas dipamerkan
di tingkap, pintu dan koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal
pasti lokasi pemberhentian gerabak wanita melalui kain rentang dipamerkan di
platform dan tiang yang diwarnakan merah jambu,” menurut kenyataan
dikeluarkan KTM Bhd, semalam.

Menurut kenyataan itu, pengguna wanita yang mewakili 60% pengguna KTM
Komuter tidak diwajibkan menggunakan gerabak khas itu dan boleh memilih
menggunakan gerabak biasa.


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke