Gejala bunuh diri di Malasyia sudah tidak terkawal. Kali ini di Kelantan pula. 
Di Malaysia purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 
50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Gejala bunuh diri dijangka menjadi 
faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini 
selepas penyakit jantung.

Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini 
disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi.

Artikel Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh diri pada pautan berikut. 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

******************************
LELAKI KECEWA MATI TERGANTUNG

Berita Harian 26 Mei 2010

Mangsa luah perasaan kepada rakan melalui SMS kerana isteri minta cerai

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang juga bapa kepada tiga anak, ditemui mati 
tergantung akibat kecewa dengan tindakan isterinya menuntut cerai di Kampung 
Limau Kasturi Dua di sini, pagi semalam.

Mangsa berusia 27 tahun, ditemui tergantung dalam tandas bilik tidur rumahnya 
kira-kira jam jam 11 pagi oleh rakannya, Saiful Nazim Nawang, 21, selepas 
bergegas ke tempat kejadian apabila mengetahui mangsa tidak keluar dari bilik 
sejak Khamis lalu. Saiful Nazim berkata, bapa mangsa meminta bantuannya untuk 
memujuk lelaki terbabit keluar dari bilik kerana kebiasaan hanya dia seorang 
yang mampu berbuat demikian ekoran hubungan rapat mereka sejak kecil. “Saya 
memanggilnya berulang kali tetapi tidak dijawab dan ketika mengintai menerusi 
lubang tingkap di luar bilik tidurnya, saya terdengar bunyi lalat menyebabkan 
saya mengesyaki sesuatu berlaku.

“Saya memecah tingkap masuk ke dalam bilik dan terjumpa mayatnya tergantung 
dalam bilik air dalam keadaan sudah berbau,” katanya ketika ditemui, semalam.

Saiful Nazim berkata, kira-kira jam 6 petang Khamis lalu, dia menerima khidmat 
pesanan ringkas (SMS) daripada mangsa yang meluahkan kekecewaan kerana 
isterinya membuat keputusan untuk bercerai.

Beliau berkata, sejurus menerima SMS itu, dia bimbang perkara buruk berlaku dan 
menghubungi rakannya itu untuk memberi nasihat dan memintanya solat.
Katanya, mangsa tidak keluar dari bilik tidurnya sejak Khamis lalu selepas 
isterinya bersama tiga anak pulang ke rumah mentuanya di Kampung Limau Kasturi 
Satu tidak jauh dari situ.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, 
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang 
diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakikecewamatitergantung/Article




Kirim email ke